ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella

Impresi Artis

Views

Sahabat kami yang juga pakar dalam manipulasi digital, Theophilus Chin@Theottle menggunakan segala kemahirannya untuk memberi gambaran awal model Proton X80.

Ini kerana pendedahan kami dalam artikel terdahulu mengatakan, Proton telah mendaftarkan tanda dagang menerusi beberapa kategori atas nama Proton X80 di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Kesemuanya telah didaftarkan oleh ejen, Azmi & Associates bagi pihak Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd. Permohonan tanda dagang Proton X80 telah mula dihantar sejak 5 Oktober 2021 dan telah diwartakan pada 2 Jun 2022.

Berikut adalah senarai kategori tanda dagang Proton X80 yang telah didaftarkan:

  • Kelas 12 di bawah kategori kereta, kenderaan, automobil motor
  • Kelas 16 di bawah kategori percetakan, fotografi, pembungkusan dan lain-lain
  • Kelas 20 di bawah kategori papan pameran dan papan pembentangan
  • Kelas 25 di bawah pakaian, kasut dan topi
  • Kelas 35 di bawah pengiklanan, pengurusan perniagaan, pemasaran media sosial dan membekalkan informasi perniagaan menerusi laman sesawang

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Ada dua model yang dilihat berpotensi menjadi calon untuk memakai nama Proton X80, iaitu model SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) dan juga Xingyue L/Monjaro (KX11).

Kedua-dua model ini dibangunkan dari pelantar Compact Modular Architecture (CMA). Lebih menarik, saiz kedua-duanya adalah lebih kecil berbanding dengan model X90.

Namun kali ini, Theottle menjadikan SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) sebagai asas rekaannya, kerana berpendapat banyak spekulasi yang mengatakan ia merupakan calon yang paling sesuai.

lazimnya, Proton hanya membuat perubahan kosmetik kecil pada bahagian luaran dan juga dalaman untuk membezakan versinya dengan versi asal, selain penukaran pemanduan ke sebelah kanan (RHD).

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Seperti biasa, bagi memberikan sedikit kelainan, penggunaan elemen rekaan seperti elemen busur (Ethereal Bow) serta motif butiran reka corak Songket pada Infinite Weave versi baharu pada bahagian jeriji akan terus diterapkan.

Selain itu, perubahan turut dibuat pada emblem nama Proton dan juga nama X80 pada pintu but belakang. Yang lain, masih lagi mengekalkan bentuk asal model kembarnya.

Xingyue/Tugella (FY11) dan Xingyue L/Monjaro (KX11) berkongsi enjin petrol 2.0 liter turbo dari siri Drive-E, yang mampu menjana 235 kuasa kuda dengan 350 Nm daya kilas.

Enjin ini dipadankan dengan kotak gear 8-kelajuan automatik yang dibekalkan oleh Aisin, namun Xingyue L/Monjaro (KX11) didatangkan dengan pacuan empat roda (4WD).

Setakat ini, kewujudan model Proton X80 hanyalah sekadar spekulasi awal dan anda boleh menonton di sebalik tabir pembikinan manipulasi digital model ini di bahagian atas.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theottle

Geely Xingyue/Tugella (FY11)

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply