ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isuzu D-Max dan Isuzu mu-X bawa konvoi media ke cabaran Borneo Safari 2017

Views

Borneo Safari International Offroad Challenge 2017 sekali lagi mencabar kelasakan dan ketahanan jentera Isuzu D-Max dan Isuzu mu-X yang bakal turun bersama konvoi media mengharungi cabaran 4×4 hutan hujan yang terbesar dan tersohor di dunia. Pertandingan ini bakal memulakan aksinya di Sabah pada 29 Oktober sehingga 5 November 2017.

Tiga buah jentera Isuzu D-Max ”Monsters” yang diubahsuai telah menjadi kenderaan untuk pasukan media Isuzu sejak empat tahun dahulu. Kenderaan ini telah memberi sumbangan besar dan menunjukkan prestasi yang menakjubkan semasa meredah belantara di Borneo. Ini sekaligus menobatkannya sebagai Kereta Tahunan sebanyak dua kali di Borneo Safari.

Tahun lalu, Isuzu memperkenalkan sebuah lagi jentera yang diubahsuai, SUV tujuh tempat duduk Isuzu mu-X “Monster” pada acara ini. Ia turut mengungguli anugerah Kereta Tahunan Borneo Safari walaupun pada tahun lalu cabarannya lebih getir disebabkan cuaca yang tidak begitu baik dan dikatakan sebagai edisi Borneo Safari yang paling mencabar sepanjang penganjurannya.

Isuzu Malaysia juga masih kekal sebagai Penaja Berlian untuk cabaran Borneo Safari 2017 dan ia masih meneruskan kesetiaannya dalam penajaan acara tersebut sejak 11 tahun lalu. Edisi ke-27 Borneo Safari telah memulakan cabarannya pada 29 Oktober di Kota Kinabalu dan acara selama lapan hari akan melabuhkan tirainya di Tong Hing dan Jabatan Kastam Sabah. Tahun ini, laluan akan melalui Kampung Lingan dan Kampung Karamatoi sebelum meneruskan sesi laluan lasak dan mencabar selama lima hari tanpa henti ke Kampung Mikik.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply