ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua lancar Kempen Keselamatan Jalan Raya selama 5-tahun

Views

Perodua telah melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya 5-tahun di seluruh negara dengan sasaran untuk meningkatkan tingkah laku pemandu dengan menggalakkan pemandu untuk mengikuti undang-undang asas lalu lintas serta mengamalkan tabiat pemanduan yang baik. Program ini menumpukan pada empat teras tabiat pemanduan yang baik seperti pemakaian tali pinggang keledar, tidak menggunakan peranti mudah alih ketika memandu, penggunaan signal dan kerusi kanak-kanak.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh berkata kempen keselamatan ini termasuk meletakkan bahan promosi di bilik pameran dan pusat servis Perodua di seluruh negara. Mesej keselamatan ini disasarkan untuk sampai kepada satu juta pelanggan dalam masa setahun program berlangsung.

Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Kerusi Kanak-kanak Perodua telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, YB Datuk Ab Aziz Kaprawi di Perodua Sentral, Petaling Jaya semalam. Mulai sekarang sehingga Tahun Baharu Cina 2018, kerusi ini ditawarkan pada harga pengenalan RM660 untuk Kerusi Bayi dan RM780 untuk Kerusi Kanak-kanak. Selepas tempoh tersebut berakhir, Kerusi Bayi akan dijual pada harga RM790 manakala Kerusi Kanak-kanak pula berharga RM980.

Kerusi Bayi ini direka untuk menampung berat sehingga 13 kg dan ditawarkan dalam pilihan warna merah atau oren. Kerusi Kanak-kanak pula mampu menampung berat kanak-kanak bermula dari 9-36 kg dan ditawarkan dalam pilihan warna merah atau hitam. Penasihat jualan dan servis Perodua akan membuat demonstrasi bagaimana untuk memasang kerusi tersebut dengan betul kepada bakal pembeli.

Satu lagi inisiatif keselamatan Perodua ialah Tweckbot. Perodua merupakan pengeluar kenderaan yang pertama di Malaysia mempunyai kempen keselamatan yang menggunakan platform media sosial sejak Tweckbot diperkenalkan pada 2011. Program ini menawarkan pemeriksaan kenderaan 50-titik untuk semua kenderaan Perodua pada setiap musim perayaan dan telah berjaya memeriksa hampir 5,000 kenderaan sejak ia dimulakan.

Perodua juga berharap dapat bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) untuk menjadikan jalan raya lebih selamat. Aminar menambah, ” Kami adalah penyokong kuat usaha kerajaan dalam meningkatkan keselamatan jalan raya dan mahu memainkan peranan kami “.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply