ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jom ke booth pameran Perodua di Malaysia Autoshow 2017!

Views

Dua minggu lagi, pameran automotif antara yang terbesar, Malaysia Autoshow 2017 bakal membuka tirai pada kepada orang ramai bermula 9 hingga 12 November 2017 bertempat di MAEPS, Serdang. Menerusi laman Facebook rasmi mereka, Perodua menjemput orang ramai kunjungi booth pameran mereka yang terletak di Hall A dan pelbagai tawaran yang menarik menanti anda di sana.

Mana tahu Perodua bermurah hati untuk mempamerkan kelibat model baharu Myvi di pameran itu nanti kan? Kami rasa ada sesi pra-tonton model tersebut, mungkin anda boleh intai-intai kot bagaimana rupa Myvi baharu. Boleh jadi juga Perodua mempamerkan model Concept X dengan skala sebenar.

Ini cuma jangkaan kami sahaja, jangan percaya bulat-bulat dan berharap 100 peratus tau! Ramai yang tak sabar dan teruja untuk menantikan model generasi ketiga Myvi, harap Perodua membaca artikel kami ni dan bagilah sikit kegembiraan kepada peminat-peminat automotif di Malaysia ye! Ini kalilah!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply