ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isuzu Malaysia sumbang trak N-Series untuk kegunaan PBSM

Views

Prihatin dengan tanggungjawab dan amanat yang dipikul Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) untuk menghantar bantuan mereka yang terlibat dalam bencana, Isuzu Malaysia tampil membantu memudahkan tugasan mereka dengan menyumbang sebuah trak Isuzu N-Series 5,000kg untuk kegunaan persatuan tersebut. Sumbangan ini diharap bakal membantu ahli-ahli sukarelawan meneruskan operasi menyelamat danmereka memerlukan kenderaan seperti bot, kenderaan pacuan empat roda (4WD) dan lori untuk memindahkan barang, mengagihkan barang-barang keperluan dan bekalan lain dimana perlu dilakukan secara sistematik dan pantas.

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Kenji Matsuoka telah menyerahkan kunci trak Isuzu kepada Setiausaha Agung Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Dato’ Sayed A. Rahman bin Sayed Mohd dan berharap sumbangan sebuah trak yang efisien dan yang paling boleh dipercayai di pasaran itu dapat meningkatkan lagi kecekapan persatuan tersebut untuk membantu mereka yang memerlukannya.

Trak lori Isuzu N-Series 5,000kg daripada Isuzu Malaysia itu dilengkapi badan kotak beraluminium yang disumbangkan oleh Sri Hoong Huat Auto Trading Sdn Bhd (LEW’s), iaitu salah sebuah syarikat pembina badan trak utama di Malaysia. Terima kasih Isuzu Malaysia atas sumbangan anda! Syabas kami ucapkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply