ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suzuki Swift Sport baharu bakal buat kemunculan di Frankfurt

Views

Dengan berbekalkan semangat kesukanan yang tinggi, Suzuki akhirnya mengesahkan bakal memperkenalkan generasi baharu Swift Sport di Frankfurt Motor Show 2017 yang berlangsung pada September nanti. Suzuki juga menayangkan foto rasmi awal model tersebut yang tampil dengan rekaan yang sporty dengan cat badan berwarna kuning. Hot-hatch kompak terbaharu Suzuki itu bakal meneruskan tradisi syarikat, tetapi kali ini enjin 1.6-liter aspirasi natural (NA) akan bersara lebih awal dan bakal digantikan dengan unit berpengecas turbo yang lebih ‘power’!

Sedikit informasi mengenai Swift Sport baharu

  • Dijanakan oleh enjin 1.4-liter BoosterJet yang berupaya menghasilkan 138 HP dan 220 Nm tork (enjin yang sama pada model Vitara)
  • Berat kerb hanya 870kg
  • Nisbah kuasa kepada berat pada 159hp per tan

Buat masa ini hanya sedikit sahaja maklumat yang diperolehi mengenai model Swift Sport baharu dan Suzuki akan mendedahkan butiran yang lebih lanjut pada hari Selasa, 12 September 2017. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply