ARKIB

KATEGORI

Buletin

Monolock B32 Bold – Boks baharu dari GIVI

Views

Pakar dalam pembuatan barangan aksesori motosikal terkemuka dunia dari Itali, GIVI telah memperkenalkan boks terbaru untuk pasaran tempatan, Monolock B32 Bold. Sistem Monolock yang telah dipatenkan oleh GIVI adalah khusus bagi boks bersaiz kecil dan sederhana yang digunakan untuk motosikal yang berkapasiti lebih rendah terutamanya 250cc ke bawah. Sempena pengenalan produk terbaru ini, media tempatan telah diraikan dalam acara ‘Tunggangan Perhargaan Media’ yang bermula dari GIVI Point di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur menuju ke Hotel Thistle, Port Dickson.

Apa yang menarik tentang GIVI Monolock B32 Bold?

  • Reka bentuk kotak bersegi diinspirasikan daripada trend terkini.
  • Berkapasiti 32 liter.
  • Diperbuat dari bahan Polypropylena (PP) yang sangat kukuh tahan lama terutama dalam keadaan cuaca di Malaysia.
  • Menggunakan system kunci ‘clack’ – hanya sekali ‘klik’ untuk menutup boks tanpa perlu menggunakan kunci.
  • Pemegang dengan penutup bahagian turut memudahkan pengguna membuka atau menutup boks.
  • Dijual pada harga RM210 (tidak termasuk GST) dan disertakan sekali bersama kunci pendua dan tapak.

Dalam acara sama juga media turut diperkenalkan dengan bas persiaran dua tingkat digelar ‘The Red Explorer’ yang digunakan sebagai pameran bergerak beserta ruang hospitaliti untuk acara permotoran yang disertai oleh GIVI seperti Cub Prix dan MotoGP. Luaran bas persiaran dua tingkat ini dihiasi dengan motif logo GIVI serta slogan EXPLORE. ENJOY.

Bas ini berfungsi sebagai ruangan hospitaliti bagi pasukan gerak kerja GIVI, selain menjadi bilik mesyuarat dan ruangan santai rehat bagi tetamu-tetamu undangan termasuk Yuzy Racing Team yang ditaja oleh GIVI. Di bahagian bawah ialah ruang simpanan barangan aksesori untuk pameran yang dibawa sepanjang bas berkenaan beroperasi.

Menurut Joseph Perucca, Pengarah Operasi Antarabangsa GIVI, “Bas ini akan bertindak sebagai serampang dua mata iaitu sebagai unit pameran dan penjenamaan bergerak. Dengan warna merah terang dan logo GIVI yang sememangnya dikenali ramai, ianya merupakan satu pelaburan yang amat dibanggakan”. GIVI berharap untuk menjelajah ke seluruh negara untuk mendekati peminat-peminat jenama tersebut di acara-acara yang bernuansa permotoran.

Foto dari laman Facebook GIVI Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply