ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jaecoo lancar slogan jenama “Daripada Klasik, Kini Melangkaui Klasik”

Berita Tempatan

Views

Pendatang baharu dalam pasaran automotif tempatan, Jaecoo mula mengorak langkah awal dengan mengumumkan slogan jenamanya iaitu “Daripada Klasik, Kini Melangkaui Klasik“.

Ia sejajar dengan pengenalan model pertamanya di Malaysia, Jaecoo J7 yang memasuki pasaran tahun hadapan. Model SUV ini menampilkan Sistem Pemanduan Pintar Semua Jalan (ARDIS) yang inovatif.

Jaecoo juga memastikan semua modelnya memenuhi piawaian keselamatan global lima bintang, dengan menggabungkan badan kerangka yang menyerap tenaga, keluli kekuatan tinggi, dan sistem ADAS yang canggih.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Jenama ini juga menerapkan pendekatan teknologi pintar dan semua modelnya dilengkapi dengan cip pemprosesan Qualcomm 8155, 7 nm terkini. Ia membolehkan masa ‘boot-up‘ 2 saat dan keupayaan untuk memproses lebih dari 20 arahan dalam 30 saat.

Model J7 menonjol dengan skrin panorama 14.8 inci, papan pemuka LCD penuh, dan paparan dongak W-HUD yang inovatif, bagi memastikan interaksi yang lancar dan berpusatkan pengguna antara pemandu dan mesin.

Reka bentuk luaran J7 dihasilkan dengan cukup teliti oleh pereka terkemuka dari UK dan Jerman, benar-benar melambangkan falsafah estetika “Daripada Klasik, Kini Melangkaui Klasik”.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Garis badan yang lurus dan kontur yang kukuh menyerlahkan gaya off-road “Daripada Klasik” dan menawarkan impak visual yang tiada tandingan.

Sementara itu, elemen-elemen moden seperti lampu hadapan jenis terpisah, reka bentuk bumbung terapung, dan pemegang pintu tersembunyi mewakili estetika “Melangkaui Klasik”.

Jaecoo mentakrif semula pengalaman SUV off-road dengan menggabungkan kemampuan off-road yang luar biasa dengan inovasi yang terkini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply