ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kelibat Proton Ertiga ditemui lagi

Views

Beberapa keping foto intipan terbaharu Proton Ertiga ini telah dimuat naik ke laman Facebook Proton Ertiga Community (MALAYSIA) sebentar tadi. Kelibat unit ujian Ertiga tersebut telah berjaya ditemui oleh Abidin Zainal (bukan bekas jurulatih Selangor ye) di Lebuh raya PLUS arah Utara menuju ke hentian Rehat dan Rawat (RNR). Ertiga yang ditemui ini masih lagi dilengkap dengan kostum penyamaran.

Dijangka anak angkat terbaharu Proton ini bakal dilancarkan pada 11 November nanti. Kami akan memberi maklumat terkini sekiranya ada perkembangan terbaharu mengenai model MPV kompak ini. Tunggu!

* Suka kami tengok foto Ertiga dengan Perodua Alza tayang kangkang tu. Tak lama lagi penyakit Alza tu mungkin merebak pada Ertiga nanti kot?

KLIK UNTUK BESARKAN

ertiga-1 ertiga-2 ertiga-3 ertiga-4 ertiga-5

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

4 Comments


  • Sakit mata melihat kereta alza kangkang tu. Harap2, penyakit tu tidak merebak ke mana2 kereta dr pengeluar lain. Setakat ni hanya nampak kereta2 stail kangkang dr perodua sahaja.


    • Tu lar.. bila kereta makan minyak kuat, kereta berhentak kuat, RV jatuh, salahkan pengeluar kereta. Ni golongan gaji lingkungan RM2000-RM3000 suka buat benda2 macam ni.. Minyak naik 15sen/liter bising. Buat modified extereme macam ni ada duit pulak. Kalau yang jenis dah kawin, gaji abis kat modifikasi keta. Makan minum, minyak keta bini tanggung.


  • Adakah ciri-ciri yang diberikan Ertiga lebih baik dari Exora sebelumnya? atau sekadar mini-MPV bajet dengan harga dibawah 55k?
    kita nantikan..

Leave a Reply