ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Jimat sehingga RM7,000 dan menangi Camry Hibrid 2.5 dengan pembelian model Toyota baharu

Views

Beli model Toyota baharu dan jimat sehingga RM7,000 dengan promosi Toyota RM1,000,000 Bonanza bulan ini! Selain itu aksesori dan servis percuma sehingga lima tahun turut ditawarkan dengan setiap pembelian. Semasa tempoh promosi, tiga pembeli bertuah bakal berpeluang memenangi Hadiah Utama, iaitu sebuah Toyota Camry Hibrid 2.5 dan 100 orang pemenang lagi akan turut menerima telefon pintar bernilai RM5,000 setiap seorang!

Rebat tunai sehingga RM7,000 ditawarkan dengan pembelian model Toyota Vios, Corolla Altis, Avanza, Sienta, Innova, Camry, Hilux dandFortuner.

ModelPromosi Rebat Tunai
Vios  Rebat Tunai sehingga RM3,000 +Akesori Percuma (bernilai RM4,100)
Hilux  RM4,000 DC 2.4G (M), DC 2.4G (A) & DC 2.8G (A)
Camry  RM7,000 Rebat Tunai
Altis  RM5,000 Rebat Tunai + Akesori Percuma (bernilai RM5,790)
Innova  RM3,000 Rebat Tunai
Fortuner  RM3,000 Rebat Tunai
Avanza  RM2,000 Rebat Tunai
Sienta  Rebat Tunai RM4,000 atau RM3,000  + 3 Tahun Servis Percuma

(Kesemua tawaran adalah untuk varian terpilih dan tertakluk kepada terma dan syarat, sementara stok masih ada).

Aksesori percuma yang ditawarkan untuk model Vios dan Corolla Altis bernilai sehingga RM4,100 dan RM5,790. Ia termasuklah sistem DVD AVX dengan Kamera Undur, Perakam Video Digital, Monitor Pandangan Panoramik dan Cermin Sisi yang boleh dilipat secara Automatik. Pelanggan yang mahukan plan pembiayaan juga boleh memilih perkhidmatan seperti Toyota 2-Tier Plan yang menawarkan ansuran bulanan rendah untuk graduan dan plan pembiayaan Toyota Drive, yang membolehkan pelanggan berjimat dengan lebih banyak lagi.

Kesemua model Toyota yang dijual oleh pengedar sah Toyota didatangkan dengan waranti selama 5-tahun dan perbatuan tanpa had (kecuali Toyota Hilux dengan perbatuan maksimum 150,000km). Waranti ini juga boleh dipindah milik kepada pemilik seterusnya selagi masih dalam tempoh masa 5 tahun. Untuk maklumat lanjut layari toyota.com.my

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply