ARKIB

KATEGORI

Buletin

Naza Kia Malaysia salurkan bantuan banjir ke Pantai Timur

Views

Program bantuan banjir Naza Kia Malaysia yang sebelum ini hanya untuk kawasan Utara kini telah diperluaskan ke Pantai Timur demi memastikan keperluan dan kepuasan pelanggan dipenuhi. Mulai 4 hingga 31 Disember 2017, pemilik kenderaan Kia yang terjejas dengan banjir boleh menghantar kenderaan mereka ke mana-mana outlet Kia yang bertauliah di kawasan Pantai Timur untuk pemeriksaan kenderaan secara percuma dan nasihat profesional.

Naza Kia Malaysia turut sehingga 50 peratus untuk penukaran alat ganti tulen Kia selain diskaun untuk kos buruh, bergantung kepada kadar kerosakan yang dialami oleh kenderaan tersebut. Program bantuan banjir ini hanya ditawarkan untuk kenderaan Kia yang tidak mengambil polisi insurans bencana alam.

Selain itu, pemilik kenderaan boleh mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kerosakan lebih teruk kepada kenderaan mereka:

  • Jangan cuba menghidupkan kenderaan anda atau hidupkan suis pencucuhan.
  • Buka pintu kenderaan secara manual dengan menggunakan kunci untuk mengelakkan kegagalan bahagian elektronik dari penggunaan alat penggera jauh.
  • Segera tanggalkan terminal bateri negatif untuk mengelakkan aliran elektrik di dalam kenderaan anda.
  • Buat laporan polis dan memaklumkan syarikat insurans anda.
  • Keluarkan barangan berharga dari kenderaan anda sebelum mengunci kenderaan anda secara manual.
  • Buat perkiraan untuk menunda kenderaan anda ke pusat servis Naza Kia terdekat untuk pemeriksaan.

Outlet Naza Kia yang mengambil bahagian:

NoOutletNegeri
1NKM Kuantan Red CubePahang
2Autohaus Prima Sdn BhdTerengganu
3Sri Baru Fast Automobile Sdn BhdKelantan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply