ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pencarian pelukis muda berbakat ‘Dream Car Art’ 2018 Toyota telah bermula

Views

Peraduan melukis global ‘Dream Car Art’ 2018 Toyota (DCAC), kini dibuka bagi penyertaan kanak-kanak berusia 15 tahun ke bawah. Pada edisi kali ini ia dianjurkan di 79 buah negara seluruh dunia dengan lebih daripada 829,000 penyertaan di bawah tema ‘Your Dream Car’ telah diterima sejak tahun 2013

Peraduan ini bermatlamat untuk memberi motivasi kepada kanak-kanak dari segenap pelusuk dunia untuk berkongsi idea berkaitan pengangkutan masa hadapan dengan cara melukis kereta impian mereka sendiri. Setiap tahun, ribuan kanak-kanak berkongsi impian mereka tentang bagaimana kereta di masa hadapan dapat menjadikan dunia lebih baik, dalam bentuk seni. Program ini juga disifatkan sebagai satu daripada peraduan seni terbesar di dunia.

Ia dibahagikan kepada tiga kategori bermula dari di bawah 8 tahun, dari 8 hingga 11 tahun dan 12 hingga 15 tahun. Tiga lukisan paling inovatif dari setiap kategori akan dihantar ke Jepun untuk ke peringkat dunia. Di Malaysia, peraduan ini dijalankan sebagai sebahagian daripada komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh UMW Toyota Motor (UMWT) setiap tahun. Peraduan peringkat kebangsaan akan dibuka dari 1 Dec 2017 hingga 20 Februari 2018.

 

Hadiah pertama bagi peraduan ini di Malaysia ialah sebuah Apple iPad Mini, diiukti dengan sebuah basikal mountain bike untuk hadiah kedua, manakala tempat ketiga akan menerima habuan berupa tiket ke Taman Tema Legoland. Hadiah saguhati lainnya termasuk baucar MPH bagi peraduan Instagram yang memerlukan peserta menggunakan tanda #mydcac2018.

Lukisan oleh sembilan pemenang dari Malaysia akan dihantar ke peraduan peringkat global. Peserta akhir akan dipilih oleh barisan juri yang terkemuka pada pemilihan peringkat global bersama serahan lain dari seluruh dunia. Peserta peringkat akhir bagi DCAC 2018 akan diterbangkan ke Jepun bersama seorang penjaga untuk menghadiri majlis penganugerahan pada Ogos 2018.

Toyota Motor Corporation akan menyediakan tiket pesawat kelas ekonomi pergi-balik dengan segala perbelanjaan di sana termasuk tempat tinggal akan ditanggung sepenuhnya oleh. Di Jepun, pemenang-pemenang akan diberi peluang mengunjungi kilang Toyota dan pendedahan terhadap pelbagai sisi budaya Jepun.

Untuk menyertai perduan ini tiada pembelian atau yuran diperlukan. Kerja seni yang dihantar wajib dilukis tangan dengan warna dari apa saja medium, termasuk warna air, marker ataupun krayon. Apa juga jenis kertas akan diterima, dan digalakkan dalam saiz A3 dengan saiz maksimum kertas tidak boleh melebihi ukuran 400mm x 550 mm.

Gambar yang dihasilkan dari komputer, potongan serta tampalan kertas tidak akan diterima. Peserta digalakkan untuk menggunakan imaginasi dan kreativiti dalam membayangkan kereta futuristik dengan latar yang menyokong idea berkenaan. Borang penyertaan boleh didapati di laman web rasmi toyota.com.my. Anak kepada pekerja atau mereka yang ada kaitan dengan UMWT juga digalakkan untuk menyertai peraduan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply