Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menyenarai dan menilai jalan raya yang akan dinaik taraf untuk menggunakan garisan jalan bercahaya dalam gelap atau ‘glow in the dark‘.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, teknologi untuk garisan jalan raya itu adalah julung kali akan diperkenalkan di negeri itu.
JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran
Menurutnya, jalan raya yang disenaraikan akan menggunakan teknologi baharu berkenaan akan dinaik taraf pada tahun depan.
JKR akan menyenaraikan dan menilai, mana satu jalan yang sesuai untuk digunakan teknologi ‘glow in the dark‘ sebelum hujung tahun ini kerana bajet sebanyak RM1 juta yang diperuntukan adalah dalam Belanjawan Johor 2024.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas majlis perasmian dan penyerahan Projek Jambatan Sungai Masai di Jalan Masai Lama di Johor Bahru, semalam.
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?
Menurutnya, jalan yang akan dinaik taraf menggunakan teknologi itu akan ditumpukan di kawasan yang tiada pendawaian atau tidak sesuai ada tiang elektrik, kawasan terlalu gelap, selekoh-selekoh berbahaya dan jalan yang menghubungkan antara pekan.
Mohamad Fazli berkata, teknologi yang memantulkan cahaya pada garisan pembahagi jalan itu memerlukan kos yang tinggi untuk dilaksanakan berbanding garisan pembahagi jalan yang biasa.
Jelasnya, berbanding garisan pembahagi biasa, kos teknologi ini adalah berlipat kali ganda.
Peruntukan RM1 juta ini mungkin tidak banyak, tetapi ini adalah permulaan untuk pihaknya mempelbagaikan teknologi seumpama ini di Johor demi keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya. – Harian Metro
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit JKR PT/PS
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
KOMEN TERKINI