ARKIB

KATEGORI

Buletin

IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle

Impresi Artis

Views
Proton X50 Facelift

Usai sahaja pelancaran Proton S70 kelmarin, kali sahabat kami yang juga pakar dalam manipulasi digital, iaitu Theophilus Chin@Theottle tidak menunggu lama untuk menghasilkan ‘impresi artis’ terbaharunya, iaitu Proton X50 facelift.

Menurutnya, masa yang diambil untuk ‘menyiapkan’ imej manipulasi digital tersebut hanya 20 minit sahaja! Ia dibuat berpandukan beberapa foto intip unit ujian X50 facelift pemanduan sebelah kiri (LHD) yang masih menggunakan model asal Geely Binyue Cool.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

X50 facelift versi Theottle ini hanya mengolah sedikit sahaja reka bentuk asal Binyue Cool. Seperti biasa, yang sudah pasti berubah adalah bahagian jeriji yang menampilkan elemen busur (Ethereal Bow) serta motif butiran reka corak Songket pada Infinite Weave versi baharu yang telah ditampilkan pada model S70 dan X90.

Rekaan bampar serta lampu hadapan dan juga belakang serta reka bentuk keseluruhan model Binyue Cool dikekalkan dan satu lagi perubahan kecil yang buat Theottle adalah emblem nama Proton dan juga nama X50 pada pintu but belakang.

Warna biru muda (Cyan) pada model Binyue Cool berkemungkinan besar adalah warna baharu dan mungkin diperkenalkan pada X50 facelift nanti.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Kami difahamkan pada perancangan awal, model ini dijangka menyusul selepas pelancaran S70 (SS11) dan X70 MC2 sebelum akhir tahun atau selewat-lewatnya pada awal 2024. Namun, ada desas-desus mengatakan model X50 facelift ini hanya akan tiba pada tahun 2025.

Mungkin juga Proton ‘mengubah fikiran’ dan mempercepatkan model tersebut memandangkan ‘seteru terkuat’nya, Perodua D66B akan dilancarkan pada Julai tahun hadapan.

Menurut ejen perisik Mat Bond, model X50 RC (Running Change) sudah tiba ke fasa PraPengeluaran (PP), namun tidaklah diketahui sama ada ia merupakan X50 facelift atau sekadar peningkatan kecil sahaja.

Nantikan info terbaharu dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theottle

Geely Binyue Cool

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply