ARKIB

KATEGORI

Buletin

JPJ diminta beri perhatian serius pada kawasan kemalangan – Kamera AES bakal ditambah

Views

Baru-baru ini Utusan Online melaporkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke meminta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi perhatian serius kepada kawasan-kawasan yang kerap berlaku kemalangan seperti berhampiran Terowong Menora, Kuala Kangsar, Perak.

Dalam kes kemalangan berhampiran kawasan tersebut, pihak JPJ sebenarnya telah menempatkan anggota penguat kuasa sepanjang masa di kedua-dua arah terowong berkenaan. Anthony berkata, kemalangan yang kerap berlaku adalah sesuatu yang amat mendukacitakan dan menyedihkan. Beliau turut berharap agar satu penguatkuasaan yang lebih ketat dan pemantauan yang lebih kerap akan dibuat pada masa akan datang.

JOM BACA >> INTIP : Tun Mahathir diberi taklimat mengenai Geely Emgrand GS – Bakal jadi model terbaharu Proton ke?

Anthony demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Kementerian Pengangkutan.

Dalam pada itu, Anthony berkata pihak kementerian akan bekerjasama dengan pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) khususnya PLUS untuk memasang lebih banyak kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di kawasan yang kerap berlaku kemalangan termasuk sekitar Terowong Menora.

Langkah itu adalah bagi memastikan para pemandu diawasi supaya mereka tidak memandu laju melebihi had laju ditetapkan, sehingga mengakibatkan kemalangan. Tambah Anthony lagi, antara faktor berlaku kemalangan ialah kelajuan, kita nak kurangkan kelajuan di kawasan-kawasan ini. Kita berharap dengan adanya kamera ini, ia dapat mengurangkan kadar kelajuan kenderaan di kawasan tersebut.

JOM BACA >> Iklan acah kedua SUV Perodua (D38L) – Bentuk jeriji mula kelihatan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply