ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : Tun Dr. Mahathir naik Geely Bo Rui ziarah jenazah Tan Sri Zainuddin Maidin – Bayangan model pengganti Perdana?

Views

Dua hari lepas, Berita Harian telah memuat naik dua keping foto Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat menaiki kereta Geely Bo Rui berwarna biru, ketika menziarahi jenazah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin, di Surau At Tarbiah, Taman Melawati, di Kuala Lumpur. Beliau yang kelihatan memandu sendiri kereta dengan pemanduan sebelah kiri itu turut diiringi polis keselamatan bermotosikal.

Buat masa ini Bo Rui belum lagi dilancarkan ke pasaran Malaysia dan sedan mewah segmen-D ini adalah calon yang sangat sesuai untuk menjadi model gantian Perdana pada masa akan datang. Dalam artikel terdahulu, kami kongsikan dua keping foto Tun Dr. Mahathir bersama satu delegasi dari Proton yang mempertontonkan model crossover kompak Geely Emgrand GS. Selain itu Tun juga telah memandu uji sendiri SUV pertama keluaran Proton, X70 dan turut melancarkannya minggu lalu.

JOM BACA >> INTIP : Tun Mahathir diberi taklimat mengenai Geely Emgrand GS – Bakal jadi model terbaharu Proton ke?

Apa yang kami tahu setakat ini, Bo Rui tiada dalam perancangan Proton dan Geely dalam masa terdekat, hanya X70, SUV kompak Bin Yue (SX11) dan MPV Jiaji berada dalam senarai. Walaupun pengeluaran Prevé bakal ditamatkan, model yang lebih sesuai untuk menggantikannya adalah Bin Rui, bukan Bo Rui yang bersaiz lebih besar dan mewah.

Info ringkas mengenai Geely Bo Rui:

  • Mempunyai dua varian – Bo Rui GE (MHEV) dan Bo Rui GE (PHEV).
  • Ditawarkan dengan dua penjana kuasa mesra alam iaitu Plug-In Hybrid (PHEV) serta Mild Hybrid (MHEV) yang turut dilengkapi enjin petrol 1.5 liter tiga-silinder turbo dengan sistem suntikan bahan api terus yang mampu menghasilkan 177 hp pada 5,500 rpm dan daya kilas maksima 1,500 hingga 4,000 rpm.
  • Penjana kuasa mesra alam yang dibangunkan bersama Volvo ini digandingkan dengan transmisi automatik dwi-klac tujuh-kelajuan.
  • Bo Rui mempunyai dimensi 4,986 mm panjang, 1,861 mm lebar dan 1,513 tinggi dengan jarak roda 2,870 mm.
  • Untuk varian MHEV, ia mampu menjana 190 hp dengan tork maksima 300 Nm. Pecutan dari 0-100 km/j hanya mengambil masa 8.9 saat dengan purata penggunaan bahan api 5.8 liter setiap 100 km.
  • Varian PHEV pula mampu menjana 257 hp dan tork maksima 425 Nm. Pecutan dari 0-100 km/j hanya mengambil masa 7.4 saat dengan purata penggunaan bahan api lebih ekonomi hanya 1.6 liter setiap 100 km.
  • Selain itu, varian PHEV boleh bergerak sejauh 60 km dengan hanya menggunakan kuasa elektrik dan ia turut mempunyai mod hibrid dan battery save (bateri di cas semasa kereta bergerak).
  • Sedan mewah ini dilengkapi dengan bumbung suria panaromik, sistem kunci pintar dengan butang penghidup enjin, kemasan dalaman bersalut kulit, tempat duduk berkuasa boleh laras dengan fungsi memori dan pengurut, lampu suasana serta sistem penghawa dingin automatik dua zon bersama penyegar udara.
  • Bo Rui GE dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan termasuklah tujuh beg udara, kawalan jelajah adaptif, brek kecemasan automatik, bantuan kekal lorong, lampu tinggi automatik pintar, pengesan titik buta, pengesan papan tanda had laju, bantuan parkir, sistem pemantau tekanan angin tayar, kamera 360-darjah dan lain-lain.
  • Ia dijual di China pada harga bermula dari 136,800 yuan (RM84,941) hingga 199,800 yuan (RM124,058) seunit.

JOM BACA >> Iklan acah kedua SUV Perodua (D38L) – Bentuk jeriji mula kelihatan

KLIK UNTUK BESARKAN

Geely Bo Rui

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Model pengganti Perdana tiada dalam perancangan awal… Kemungkinan model pengganti Perdana akan diperkenalkan selewatnya pada 2022..

Leave a Reply