ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jualan Honda Rebel di Malaysia akan bermula Ogos ini

Views

Sempena dengan acara Art of Speed 2017, Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan model Honda Rebel yang akan memasuki pasaran Malaysia menjelang hujung Ogos 2017 ini. Di Malaysia, Boon Siew Honda akan turut memperkenalkan aksesori H2C untuk Honda Rebel dan MSX yang boleh dipilih dan diubah suai mengikut kehendak pemiliknya.

Honda Rebel dijana oleh enjin berkembar 471cc yang berkuasa, namun ia ringan dan mudah dikendalikan. Kestabilannya juga menjanjikan keseronokan semasa menunggang di lebuh raya atau jalan biasa. Ketinggian tempat duduk dan pemegang bar yang rendah juga sesuai untuk semua penunggang. Gaya “bobber” yang berwarna hitam telah menjadikan rupa Rebel mirip sebuah motosikal retro.

Honda Rebel didatangkan dengan tiga warna bergaya bersama ABS: Graphite Black, Millennium Red dan Mat Silver Armored Metallic. Harga yang disyorkan bermula dari RM31, 798.94 termasuk GST, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Ia turut didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu) dan boleh didapati di pengedar sah Impian Honda menjelang Ogos ini.

Unit ‘kustomize’ #GAYAKAMI

Sebelum acara Art of Speed, BSH telah bertemu dengan pembina motosikal ‘customize’ tempatan yang terkenal untuk membina lima konsep yang berbeza dan menarik dengan menggunakan dua model lagenda and ikonik, EX-5 dan MSX125. Konsep yang mengagumkan ini dicipta oleh Legend Racing Garage, District Shop and Gallery, CLM Custom Works, BWB dan ShawSeelan creation.

BSH telah berkerjasama dengan pembina ‘customize’ tempatan dengan menggunakan pameran Klasik Terbesar dan Kustom Kulture Malaysia sebagai platform untuk memberi peluang kepada bakat-bakat tempatan untuk mempamerkan kreativiti dan semangat mereka selain memberi rakyat Malaysia melihat EX-5 dan MSX dengan gaya yang lain dari kebiasaannya. Inisiatif ini juga bertujuan untuk memberi inspirasi kepada peminat dua-roda untuk reka cipta lebih banyak konsep motorsikal untuk masa depan. Siri Jelajah Honda #GAYAKAMI akan berlangsung di Johor Bharu pada 4 Ogos hingga 5 Ogos 2017.

Spesifikasi Teknikal Honda Rebel

Model Honda Rebel
Engine Type / Jenis Enjin471cc, DOHC Liquid cooled
Bore X Stroke(mm) / Gerek & Lejang67.0mm x 66.8mm
Compression Ratio / Nisbah Mampatan10.7: 1
Max.Power / Kuasa Kuda Maksimum33.9kW @ 8,500 rpm
Max.Torque / Tork Maksimun44.7Nm @ 6,000 rpm
Clutch Type / Jenis KlacWet Multiplate
Transmission / Transmisi6 Speed Manual
Dimensions / Dimensi (LxWxH) (mm)2,188 x 820 x 1,094
Wheelbase / Asas Roda (mm)1,488mm
Seat Height690mm
Caster Angle / Trail / Sudut Caster / Jerak Trail (mm)28⁰
Curb Weight / Berat Keseluruhan (kg)184.7kg
Fuel Tank Capacity / Muatan Tangki Petrol(ℓ)11.2L
Tyres Size / Saiz TayarFront: 130/90-16M/C 67H
Rear:  150/80-16M/C 71H

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply