ARKIB

KATEGORI

Buletin

Selebriti Vios Challenge sampaikan mesej keselamatan kepada pelajar kolej

Views

Sebagai peserta yang bakal berentap dalam perlumbaan Vios Challenge sempena Festival Perlumbaan Toyota GAZOO Racing (TGR), beberapa orang selebriti turun padang untuk menyebarkan mesej mengenai keselamatan kepada pelajar Kolej Universiti KDU Pulau Pinang. Antara selebriti yang mengambil bahagian dalam ceramah Jelajah ‘Road Smart, Road Fit’ itu termasuklah Diana Danielle, Danny Koo, Venice Min, Geraldine Gan dan Shawn Lee.

Pengeluar automotif seperti Toyota telah melabur begitu besar dalam teknologi yang dapat membantu mengurangkan kesan kemalangan jalan raya, malah mampu mengelakkan kemalangan sepenuhnya. Teknologi keselamatan termaju seperti Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman (TCS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan struktur badan yang diperkuatkan dengan Toyota Global Outstanding Assessment (GOA), mampu melindungi penumpang dan kini ditawarkan pada hampir kesemua model kenderaan penumpang keluaran terkini Toyota.

Stastistik menunjukkan seramai 7,152 orang telah terkorban di jalan raya Malaysia pada tahun 2016, menjadikannya secara purata hampir 19 kematian sehari yang melibatkan kemalangan jalanraya. Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Mr Ravindran Kurusamy, melalui Jelajah ‘Road Smart, Road Fit’, Toyota berharap apa yang disampaikan oleh selebriti Vios Challenge boleh memberi pengajaran kepada generasi muda Malaysia.

Antara yang ditekankan adalah peringatan kepada pelajar untuk sentiasa memakai tali pinggang keledar, fokus pada pemanduan dan jangan leka dengan peranti mudah alih. Pelajar dari kolej KDU juga akan terlibat dalam Festival Perlumbaan Toyota GAZOO Racing (TGR) di Batu Kawan dengan persembahan pentas. Pelbagai aktiviti menarik akan berlangsung sepanjang hujung minggu dan lapan pelumba selebriti akan turun buat pertama kalinya untuk berlumba, selain kehadiran tetamu khas dari bas jelajah Drama Sangat Media Prima yang bakal memeriahkan lagi acara tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply