ARKIB

KATEGORI

Buletin

Alami pemanduan Volkswagen di Johor Bahru hujung minggu ini

Views

Minat dengan kenderaan keluaran Volkswagen? Ini peluang baik untuk anda yang berada di Johor Bahru! Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) akan mengadakan Volkswagen Driving Experience pada 15 dan 16 Oktober ini di tapak parkir terbuka A, Angsana Johor Bahru Mall.

Anda dapat mengalami sendiri pengalaman pemanduan yang bertujuan untuk menyediakan para peserta dengan kemahiran keselamatan kereta dan asas memandu, termasuk cara duduk dan kedudukan stereng yang betul, brek kecemasan, kemahiran pemanduan berhemah dan juga melalui halangan slalom. Orang ramai juga akan dapat menyaksikan aksi ‘stunt’ Vento oleh pemadu terlatih pada acara tersebut.

Volkswagen Vento yang akan digunakan semasa acara tersebut dikuasakan dengan enjin 1.2l TSI berpengecas turbo pancitan terus yang memenangi anugerah dan dipadankan dengan transmisi tujuh-kelajuan automatik DSG. Dengan daya kilas yang paling tinggi dalam kelasnya, Vento menawarkan prestasi pemanduan unggul yang bakal mengujakan para peserta. Vento juga diiktiraf lima-bintang dari ASEAN NCAP bagi rangkaian ciri-ciri keselamatan termasuklah Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) yang boleh diuji oleh peserta.

Acara Driving Experience yang lalu telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan, dengan peserta menikmati pengalaman mengendalikan kenderaan dalam pelbagai keadaan, dan ada juga yang terkejut dengan prestasi dan pemanduan hebat dari Vento. Acara Volkswagen Driving Experience ini adalah percuma dan terbuka kepada ahli atau rang ramai yang mempunyai lesen memandu yang sah. Hanya ada lima sesi setiap hari yang akan berlansung antara jam 12.00 tengah hari dan 7.30 malam, dan siapa cepat dia dapat.

Ayuh Johor! Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang www.volkswagen.com.my

KLIK UNTUK BESARKAN

volkswagen-driving-experience-_-johor-bahru_-15-16-oct volkswagen-driving-experience-_-johor-bahru_-15-16-oct

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply