ARKIB

KATEGORI

Buletin

Keluarga pelajar maut dilanggar pegawai polis layak terima pampasan RM7,000

Berita Tempatan

Views

Keluarga pelajar berusia 17 tahun yang maut dilanggar kereta dipandu seorang pegawai polis berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru di Ipoh, semalam, layak memperoleh pampasan takaful berjumlah RM7,000.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah, berkata ia berikutan setiap pelajar sekolah bawah Kementerian Pendidikan (KPM) adalah dilindungi Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM).

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

“Saya mewakili Kerajaan Perak menzahirkan simpati serta salam takziah kepada keluarga mangsa, dan saya percaya ada perancangan serta tindakan khusus sedang dilakukan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak.”

Pihak JPN akan menyusun dan memastikan arwah mendapat pampasan sepatutnya membabitkan manfaat perlindungan TPSM bagi kematian akibat kemalangan berjumlah RM5,500 serta Khairat Kematian Takaful Murid sebanyak RM1,500.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Berkhatan Beramai-Ramai Madani Parit di Dewan Terbuka Ngah Sagor, di Parit, hari ini.

Dalam insiden kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang juga calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, meninggal dunia di tempat kejadian selepas dipercayai diseret sejauh lebih lima meter oleh kereta yang melanggarnya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Omar Othman dan Polis Daerah Ipoh

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply