ARKIB

KATEGORI

Tular

Langgar pelajar tingkatan lima, pegawai kanan polis ditahan untuk bantu siasatan

Tular

Views

Seorang pegawai kanan polis ditahan bagi membantu siasatan kes langgar pelajar lelaki tingkatan lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati dekat Meru di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, permohonan reman terhadap lelaki berusia 44 tahun yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu akan dijalankan esok.

Katanya, kemalangan membabitkan sebuah motosikal ditunggang mangsa dengan sebuah kereta Perodua Ativa dipandu suspek.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Dalam kes ini, mangsa yang juga pelajar sekolah berusia 17 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian manakala suspek pula tidak cedera.

Yahaya berkata, selain siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, pihaknya turut membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Tegas beliau, pihak polis tidak akan melindungi pegawainya sekiranya melakukan kesalahan dan akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya mempunyai bukti kukuh.

Siasatan dijalankan daripada pelbagai sudut termasuk jenayah yang menjurus kepada kesalahan mematikan orang di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semua pihak diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang mengganggu siasatan atau menimbulkan kegusaran awam. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Omar Othman dan Polis Daerah Ipoh

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply