ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kemalangan maut pelajar sekolah, pemandu lori direman empat hari

Berita Tempatan

Views

Pemandu lori yang terbabit kemalangan dengan sebuah motosikal hingga mengorbankan seorang pelajar Tingkatan Lima di Kilometer 13.5 Jalan Batu Pahat–Kluang pada Rabu direman selama empat hari.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 33 tahun itu dikeluarkan Majistret Suhaila Shafiuddin yang membenarkan permohonan polis untuk siasatan kes tersebut di Mahkamah Majistret Batu Pahat pada Khamis.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Lelaki warga tempatan terbabit sebelum itu tiba di pekarangan mahkamah pada jam 8.30 pagi dengan diiringi polis. Dia direman sehingga Ahad ini mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, hasil saringan awal air kencing pemandu lori itu didapati negatif.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Dalam kejadian pada jam 7.20 pagi, mangsa, seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading maut selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah lori yang membuat pusingan U.

Mangsa, Shahrunizam Mohd Shamsul, 17, yang dipercayai dalam perjalanan ke sekolah dari kediamannya di Parit Sulong cedera parah di kepala serta badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Nor Fazzlan

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply