ARKIB

KATEGORI

Buletin

MBIP jadi majlis bandar raya pertama manfaatkan pajakan EV, terima Hyundai Ioniq 5 Plus dan Kona E-Max dari Hertz

Berita Tempatan

Views

Sime Darby Rent-A-Car (SDRAC) pemegang lesen francais eksklusif bagi Hertz di Malaysia telah menyerahkan empat kenderaan elektrik (EV) kepada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) untuk kegunaan rasminya, semalam.

Ia susulan daripada perjanjian pajakan EV yang ditandatangani antara SDRAC Hertz dan MBIP ketika berlangsungnya pameran International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM) 2023 baru-baru ini.

Ini menjadikan Hertz sebagai syarikat sewaan kereta pertama di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan pajakan EV kepada sebuah majlis bandar raya.

MBIP pula menjadi majlis bandar raya pertama di negara ini untuk memanfaatkan pajakan EV untuk barisan kenderaan dalam operasinya.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Di bawah perjanjian tersebut, Hertz yang diseliakan oleh SDRAC, akan memajak empat kenderaan elektrik kepada MBIP bagi tempoh setahun bermula Oktober 2023.

Daripada empat EV yang dipajak, satu daripadanya ialah Hyundai Ioniq 5 Plus, yang akan digunakan oleh Datuk Bandar sendiri sebagai kenderaan rasmi.

Selebihnya ialah tiga unit Hyundai Kona E-Max, yang akan digunakan oleh penguatkuasa majlis bagi menjalankan tugas harian mereka.

Perjanjian pajakan tersebut juga lengkap dengan pakej menyeluruh, termasuk jaminan tanpa had perbatuan, ketersediaan kenderaan ganti, penyelenggaraan, alat ganti, insurans, cukai jalan dan bantuan tepi jalan 24/7.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Usaha kedua SDRAC-Hertz adalah melalui perluasan peranan syarikat sebagai rakan sewaan EV rasmi untuk IGEM sehingga tahun 2030.

Menurut Ketua Pegawai Operasi, Sime Darby Rent-A-Car-Hertz Malaysia, Nahar Hakimy, kedua-dua kerjasama strategik ini mencerminkan kesungguhan kami terhadap penyelesaian pengangkutan lestari.

Datuk Bandar, Datuk Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad berkata, pajakan empat EV dan kerjasama dengan SDRAC-Hertz hanyalah permulaan.

Tambah beliau, pihaknya akan menambah jumlah EV sebagai usaha berterusan untuk mengurangkan jejak karbon di Iskandar Puteri.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply