ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kemenangan pertama Toyota dalam WRC sejak 1999

Views

Setelah lama menanti, akhirnya Toyota berjaya menamatkan penantian untuk muncul juara buat julung kalinya dalam Kejohanan Rali Dunia (WRC)  sejak 1999 dengan kemenangan Jari-Matti Latvala di Rali Sweden. Latvala kini sedang menghambat kedudukan Sebastien Ogier yang menduduki tempat teratas dalam kategori pemandu.

Beliau yang mengemudi jentera cilik Yaris mencatat kemenangan dengan menewaskan pencabar terdekat Ott Tanak yang memandu Ford Fiesta WRC dan Sebastien Ogier di tempat ketiga yang juga memacu jentera Fiesta WRC. Selepas Volkswagen menarik diri dari sukan tersebut tahun lalu,  Latvala dan Ogier kini menyertai Toyota dan M-Sport serta menduduki dua tempat teratas carta pemandu.

Syabas diucapkan kepada pasukan Toyota dan Jari Latvala!

KLIK UNTUK BESARKAN

Toyota WRC Rally Sweden - Toyota WRC Rally Sweden -1 Toyota WRC Rally Sweden -2

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply