ARKIB

KATEGORI

Buletin

KEMPEN TAHUN BARU CINA NISSAN

Views

05_ Almera parked in the garage (screenshot)

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, adalah biasa untuk memanggil mereka yang lebih tua dengan panggilan “Pakcik” atau “Makcik” sahaja. Bagaimanapun, dalam komuniti orang Cina, sudah menjadi budaya untuk memanggil setiap ahli keluarga dengan panggilan kehormatan yang betul – demi untuk mencerminkan generasi keluarga yang luas termasuk saudara-mara! Bagi komuniti orang Cina, memanggil orang tua dengan panggilan yang betul adalah merupakan satu tanda penghormatan dan menjadi salah satu cara terbaik untuk menjalin hubungan dengan mereka yang tersayang.

Bersempena dengan kedatangan Tahun Baru Cina, dan demi untuk mempromosikan dan mengukuhkan lagi hubungan keluarga semasa musim perayaan ini, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) baru-baru ini menyiarkan kempen Tahun Baru Cina di microsite miliknya. Apa yang paling menarik dan berguna mengenai microsite ini adalah ia dibangunkan untuk membolehkan masyarakat Cina memanggil saudara-mara mereka dengan panggilan yang betul, sekaligus memperkukuhkan tradisi dan juga dapat mengeratkan hubungan sesama mereka.

Microsite CNY Nissan menawarkan panduan dalam tiga dialek iaitu Mandarin, Kantonis dan Hokkien (panggilan yang betul juga adalah berbeza dalam ketiga-tiga dialek tersebut). Ia juga menampilkan kamus salasilah sebuah keluarga dan carta. Jadi, anda boleh klik pada pelayar (browser) dan memilih siapa yang ingin anda panggil dalam dialek berbeza, selain mendengar bagaimana ia disebut.

Microsite CNY Nissan juga menampilkan sebuah senario yang lucu di mana tiga wanita yang lebih berusia telah diberi panggilan yang kurang tepat semasa majlis perjumpaan tradisional Tahun Baru Cina. Ini, sememangnya membawa kepada saat-saat yang kurang menyenangkan untuk semua pihak. Namun demikian, melalui laman microsite ini, akan dapat memberikan peluang untuk seseorang memanggil saudara-mara mereka dengan panggilan yang betul.

Sila kongsikan maklumat ini dengan pembaca anda! Microsite CNY Nissan boleh didapati di laman web: www.nissancny.com.my dan untuk maklumat lain mengenai produk dan perkhidmatan Nissan di Malaysia, sila layari laman web:www.nissan.com.my

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply