Seperti mana pupusnya dinasour yang menjadi bahan api fosil, begitu jugalah nasib kenderaan berenjin petrol dan diesel yang bakal diharamkankan penggunaannya di negara Jerman menjelang tahun 2030. Badan perundangan Bundesrat di Jerman, yang mewakili 16 negeri dalam negara tersebut sedang mengemukakan resolusi dan mendesak Suruhanjaya EU untuk mengeluarkan arahan yang sama merentasi keseluruhan negara Kesatuan Eropah.
Walaupun resolusi di Jerman tidak mempunyai kesan perundangan di Kesatuan Eropah, namun ia boleh menetapkan satu anjakan paradigma yang bakal diikuti oleh negara EU yang lain. Menurut penerbitan tempatan Der Spiegel, resolusi itu meminta Suruhanjaya EU untuk “mengkaji semula amalan percukaian semasa dan yuran berkaitan dengan rangsangan untuk kenderaan beremisi-sifar” dalam usaha membantu pengguna untuk membeli kenderaan elektrik.
Gesaan itu juga mengaku dengan Suruhanjaya EU untuk menghapuskan kelebihan cukai yang kini dinikmati oleh kenderaan berenjin-diesel di beberapa negara anggota, menaikkan kos kenderaan tersebut, menyebabkan pengguna tidak lagi membelinya dan ia secara tidak langsung memaksa syarikat kenderaan untuk menghentikan pengeluarannya.
Yang penting, rancangan Jerman untuk menghapuskan kenderaan berenjin petrol dan diesel pada tahun 2030 akan terpakai kepada kenderaan baharu yang dijual di negara itu sahaja, bermakna kereta yang kuat ‘melantak minyak’ masih lagi boleh menyelusuri lebuh raya Autobahn.
China pun dah mulakan program ke arah ini dengan perancangan Beijing untuk memperkenalkan sistem perdagangan karbon mulai 2018, yang bakal memaksa pengeluar kereta yang menjual lebih 50,000 unit kenderaan setiap tahun dalam pasaran tempatan untuk menghasilkan kenderaan elektrik yang dibangunkan dalam negara. Kami berharap Malaysia juga akan menurut jejak yang sama dengan memberi lebih banyak insentif kepada kenderaan elektrik dan membina fasiliti pengecasan seluruh negara pada masa hadapan.
Spekulasi seperti ini ada baiknya dan ada buruknya..
Perkara baik pihak pengeluar kenderaan berlumba-lumba mencari alternative lain selain bahan bakar mineral atau petroleum.. Teknologi kereta elektrik akan dipasarkan secara besar-besaran akan mengurangkan kos pengeluaran, hasilnya kereta elektrik boleh dijual dengan harga yang berpatutan.. Perkara baik lainnya menguntungkan pengguna dimana harga pasaran dunia minyak mentah akan kekal rendah kerana kurangnya permintaan.. Jika harga minyak mentah kekal rendah pengguna tidak akan terbeban dengan kos sara diri yang akan naik mendadak jika harga minyak mentah naik pada paras yang tinggi..
Perkara buruknya pula kepada negara pengeluar minyak kerana kos pengeluaran minyak mentah adalah sangat tinggi.. Sesetengah negara pengeluar minyak mentah, pendapatan utama negaranya adalah dari hasil pengeluaran minyak mentah, pendapatan negara tersebut akan berkurang setiap tahun dan akhirnya mengalami kerugian.. Kemungkinan akan menghentikan pengeluarannya.. Apabila menghentikan pengeluaran minyak mentah, negara tersebut akan mengenakan cukai baru atau meningkatkan tariff cukai bagi menjana kembali pendapatan negara.. Contohnya GST, duti import, duti eksais dan sebagainya..
50 tahun lagi kenderaan yang menggunakan bahan api fosil tidak relevan lagi bagi negara-negara yang mengimport minyak mentah.. Tetapi bagi negara pengeluar minyak mentah kenderaan berenjin petrol dan diesel tetap relevan dan popular kerana mereka memiliki kelebihan mineral tersebut..
Bagus juga spekulasi yang dibuat oleh Badan perundangan Bundesrat di Jerman, Harga minyak mentah dunia akan kekal pada paras yang rendah atau kekal pada paras di bawah USD90 setong sehingga 2030..Ramalan
Berita terbaru..! Kerajaan Norway mengharamkan penjualan kereta baru yang menggunakan petrol dan diesel bermula 2025.. Dia orang memang rock.! Dengan statement yang telah dinyatakan pihak Norway akan mengukuhkan lagi ramalan bahawa harga minyak mentah dunia akan kekal pada paras yang rendah di bawah USD90 sehingga 2030..