ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Stop the Crash’ bakal dianjurkan pada November ini

Views

Teknologi keselamatan kenderaan hari ini mampu untuk mencegah pelbagai jenis kemalangan dan bukan hanya melindungi penumpang apabila ia berlaku. Secara kolektif teknologi ini boleh membantu memberi kesan yang besar ke atas lebih daripada 3,000 orang yang terbunuh di jalan raya setiap hari di seluruh dunia.

Perkongsian Stop the Crash dengan sokongan dari Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) bakal menganjurkan acara ‘Stop the Crash ASEAN 2016’ bermula dari 29 hingga 30 November 2016 di Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia. Acara yang diketuai oleh NCAP Global merupakan inisiatif baharu untuk mempromosikan teknologi mengelak kemalangan, dan untuk ASEAN 2016 antara demonstrasi yang akan dipertontonkan termasuklah:

– Kawalan kestabilan elektronik (ESC)
– Brek kecemasan autonomi (AEB)
– Sistem brek anti-kunci (ABS) untuk motosikal
– Keselamatan tayar
– Pemantauan titik buta

stc

Acara Stop the Crash di ASEAN bakal menjadi yang ketiga secara rasmi sejak dilancarkan pada 2016, dan akan menjadi acara yang pertama seumpamanya di rantau ASEAN. Program bakal bermula pada 29 November dengan acara khas untuk VIP dan media termasuk sesi demonstrasi khas untuk media sebelum pelancaran.

Ia kemudiannya akan dibuka kepada umum pada hari berikutnya, 30 November supaya orang ramai boleh belajar bagaimana teknologi yang menyelamatkan-nyawa ini boleh menjadikan jalan raya lebih selamat di rantau ASEAN. Pendaftaran awal adalah disyorkan supaya anda tidak perlu beratur panjang.

Pendaftaran untuk media boleh dibuat dengan menghubungi Salina Mustaffa di [email protected] atau 03-8924 9200, sambungan 425 dan untuk orang awam pula, anda perlu melengkapkan borang pendaftaran secara dalam talian di sini.

Jadual program adalah seperti berikut:

jadual-acara-stop-the-crash

KLIK UNTUK BESARKAN

stc jadual-acara-stop-the-crash 27778609906_ba63f8ddca_k 12241778_928163393935071_6822695122794570393_n

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply