ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

ASEAN NCAP tidak pernah menguji Kia Optima GT

Views

Menerusi satu pengumuman di laman webnya, Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara-negara Asia Tenggara atau ASEAN NCAP ingin memaklumkan yang mereka tidak pernah membuat ujian untuk model Kia Optima GT. Ini berikutan mereka telah menerima banyak pertanyaan daripada orang ramai mengenai status model tersebut. Ia disebabkan oleh siri artikel yang diterbitkan oleh beberapa akhbar arus perdana dan juga portal automotif dalam talian beberapa bulan lalu.

Artikel-artikel tersebut telah menyatakan model Kia Optima GT telah menerima penarafan keselamatan 5-Bintang dari ASEAN NCAP. Hanya Kia Picanto (untuk pasaran Thailand dan Malaysia) dan Kia Morning (model yang berkongsi pelantar yang sama dengan Picanto tetapi untuk pasaran Indonesia) yang telah diuji oleh ASEAN NCAP.

Pihak ASEAN NCAP menggesa orang ramai untuk sentiasa menyemak laman web rasminya untuk penarafan yang betul. ASEAN NCAP akan menghubungi Ibu Pejabat Kia untuk memaklumkan mengenai pengumuman yang tidak tepat ini di samping mendapatkan penjelasan lanjut tentang perkara ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply