ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kenyataan media MITI mengenai Proton

Views

Ini merupakan berita terkini yang kami terima sebentar tadi. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengulas mengenai situasi semasa Proton. Berikut adalah intipati daripada kenyataan tersebut :

1. Keputusan yang dibuat oleh Kerajaan untuk menceburi industri berat, termasuk sektor automotif, pada pertengahan 1980-an adalah salah satu yang berani. Walau bagaimanapun, Kerajaan tidak boleh terus melindungi industri-industri ini.

2. Negara-negara lain seperti Jepun dan Korea Selatan telah melindungi industri automotif mereka, tetapi ia merupakan langkah bersifat jangka pendek dan sederhana dan akhirnya dihapuskan.

3. Proton, yang merupakan projek kereta nasional kita, perlu keluar daripada perlindungan yang ada selama ini.

4. Sejak saya menjadi Menteri MITI pada tahun 2009, saya telah diberi taklimat oleh Pengurusan Kanan Proton mengenai isu-isu dan cabaran yang dihadapi oleh syarikat itu secara tetap. Saya telah bertemu dengan kedua-dua pasukan pengurusan sebelumnya dan semasa dan pemegang saham Syarikat.

5. Pada tahun 2009, Proton telah membentangkan kepada saya pelan penyusunan semulanya yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti kereta, meningkatkan eksport dan menjadikan Malaysia hab bagi industri automotif di rantau ini.

6. Pada tahun 2012, berikutan pengambilalihan Proton oleh DRB Hicom, pemilik baharu datang berjumpa dengan saya dan mereka membentangkan satu lagi rancangan penyusunan semula untuk menjadikan Proton lebih berdaya saing. Mereka juga memberi penekanan kepada beberapa pelan untuk meningkatkan eksport.

7. Dasar Automotif Negara pada tahun 2009 dengan jelas menyatakan keperluan bagi Proton untuk bekerjasama dengan rakan kongsi strategik asing. Selaras dengan kompetitif perniagaan ini, terdapat keperluan untuk mengetepikan sumber modal yang tinggi untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D). Skala juga penting. Proton kini mempunyai kedua-duanya.

8. Masalah yang dihadapi oleh Proton adalah sangat mencabar. Penguasaan pasaran syarikat automotif tempatan itu mencecah paras kemuncak 74% pada tahun 1993, namun kini hanya berlegar sekitar 15%.

9. Sejak penubuhannya pada tahun 1983, Kerajaan telah menyediakan geran, pelbagai bentuk bantuan serta pelepasan cukai kepada Proton berjumlah kira-kira RM13.9 bilion. Terdapat perbincangan rapi antara MITI dan Pengurusan Kanan Proton mengenai masa depan syarikat ini dalam tempoh enam bulan yang lalu. Pengurusan Proton juga telah membuat beberapa pembentangan kepada Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.

10. Pemerhatian kami pada keadaan semasa Proton adalah seperti berikut:
i. Syarikat ini adalah peserta yang agak kecil dalam konteks global dan dengan itu tidak dapat bersaing dengan syarikat-syarikat asing yang lain melainkan jika ia boleh meningkatkan eksportnya dengan ketara.
ii. Proton mengalami masalah tidak memaksimakan penggunaan (underutilization) – hanya 35 peratus daripada kapasiti yang ada dalam setiap dua kilang pengeluarannya sedang digunakan. Keputusan untuk membina dua kilang mungkin salah satu kesilapan yang dibuat pada masa lalu.
iii. Kira-kira tiga tahun yang lalu, Proton hampir membuat perjanjian dengan pemain terbaik di luar negara tetapi pada saat-saat akhir membuat keputusan untuk tidak meneruskannya. Sekiranya kerjasama ini direalisasikan, kita mungkin melihat prestasi yang lebih baik oleh Proton pada tahun-tahun berikutnya.

11. Malaysia mempunyai dua projek kereta nasional iaitu Proton dan Perodua. Yang terakhir ternyata menjadi model yang lebih mampan. Perodua Manufacturing, yang 49% dimiliki oleh pemegang saham Malaysia termasuk PNB, mempunyai usaha sama dengan Daihatsu dan Toyota, dan merupakan syarikat yang menguntungkan.

12. Pada tahun lepas, beberapa vendor Proton datang berjumpa dengan saya beberapa kali dan berkongsi masalah mereka. Berikutan itu, MITI menyuntik RM100 juta bagi menyediakan pinjaman mudah untuk meringankan beban mereka. Namun begitu, melalui pemerhatian saya, beberapa vendor mungkin menghadapi cabaran yang serius jika Proton terus beroperasi pada paras semasa pengeluaran dan jualan. Ada kemungkinan sebahagian daripada mereka bakal gulung tikar dalam tempoh tiga hingga empat bulan akan datang.

13. Memandangkan masalah ini amat serius, Kerajaan percaya bahawa model perniagaan semasa yang diguna pakai oleh Proton tidak lagi mampan. Kerajaan kini serius mempertimbangkan permintaan Proton untuk bantuan geran dan pinjaman mudah. Ia adalah permintaan utama dan Kerajaan perlu meneliti dengan penilaian yang sewajarnya kerana ia melibatkan wang awam yang banyak. Kita perlu berhati-hati untuk memperuntukkan sumber pada masa ini kerana pendapatan negara kita menerima kesan serius akibat kejatuhan harga minyak dan komoditi.

14. Oleh itu, saya ingin memberi jaminan kepada pekerja Proton, vendor dan ekosistemnya supaya kepentingan mereka akan diambil kira sebelum kita membuat sebarang keputusan mengenai permintaan tersebut.

15. Jika Kerajaan memutuskan untuk membantu Proton, ini akan dibuat tertakluk kepada beberapa syarat termasuk:
i. Proton perlu mengenal pasti dengan segera rakan kongsi strategik
ii. Syarikat mesti diuruskan secara profesional
iii. Tidak perlu ada sebarang gangguan dalam perniagaan
iv. Beberapa langkah yang sukar tetapi mesti perlu diberi keutamaan untuk kemampanan jangka panjang Proton

16. Saya telah dimaklumkan bahawa terdapat juga kes Proton kelihatan tidak profesional dalam proses membuat keputusan. Dalam usaha Kerajaan untuk mempertimbangkan untuk menyediakan bantuan kewangan kepada Proton, adalah penting bahawa satu pasukan kepimpinan yang kompeten dilantik dalam syarikat itu.

17. Kita sedia maklum mengenai keputusan yang dibuat oleh Tun Mahathir untuk melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Proton. Walaupun kita mengiktiraf sumbangan yang dibuat oleh Tun Mahathir sepanjang menjadi Pengerusi Proton, kita tidak boleh menutup mata terhadap cabaran-cabaran yang bakal dihadapi oleh Proton dan ketidakupayaannya untuk mewujudkan kedudukan kewangan yang kukuh.

18. Dalam hal ini, kami berharap Pengerusi dan Pengurusan Kanan baharu Proton akan membantu ke arah meningkatkan potensi sebenar Proton dan membuka jalan ke arah masa depan yang lebih baik untuk syarikat.

19. Kerajaan tetap komited untuk memastikan pertumbuhan yang berterusan dan pembangunan industri automotif tempatan yang turut melibatkan transformasi Proton dan ekosistemnya.

Dato ‘Sri Mustapa Mohamed
1 April 2016

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

19 Comments


  • Nampak gayanya Proton macam dh smpi ke penghujung hayatnya..

    Ye la, dlm keadaan ekonomi negara yg merosot, ditambah pula dgn penguasaan pasaran yg semakin mengecil, diburukkan lagi dgn keserikan rakyat Malaysia yg pernah memiliki Proton utk membeli sebuah lg Proton, sy nampak masa depan yg sgt suram utk Proton..

    Nak tunggu smpi enjin baru siap dgn kepatuhan euro 6c lg 2 – 3 tahun.. Itupun kalau Proton masih wujud slps ini..

    Sama2 lah kita doakan yg terbaik utk Proton..


  • sedih..nampak gaya proton tidak mampu bertahan lama sekiranya kerajaan tidak memberi bantuan kewangan yang sewajarnya kepada proton. 4 syarat yg dikenakan bukan mudah untuk dipenuhi…ditambah lagi syarikat automobil dunia lain turut bersaing sesama sendiri.

    adakah ini juga bermakna legasi yg ditinggalkan oleh tun m akan berakhir?


  • Kalau perodua, perodua yg bagi duit pinjam untuk vendor develop. Buat kilang transmission, engine, new manufacturing plant. Aku rasa perodua lagi banyak memberikan peluang pekerjaan kat rakyat malaysia. Bayangkan, perodua siap announce juta2 untung just dengan jual spare part. Belum cerita jual kereta lagi.


    • Jv dgn vw? Xyah ler… vw akan letak syarat diorg nk saham yg lebih besar dlm proton. Jika proton setuju maka sejarah berulang seperti mana berlaku kat perodua: sebuah lagi company kereta nasional jatuh ke tangan company asing… walaupun nanti menang sorak, kampung akan tetap tergadai…

      Cheers!


      • yang ni tokpa suka…diaorang cuma fikir ape akan jadi pada syarikat tu..tun dah fikir pasal apa yang nak bagi keje dekat pekerja proton…tun dah lawan paklah n najib pasal grant r n d proton..bukan main mitak je…mungkin bila rebadge baru tok pa perasa….adoi….kan dah nampak tak buat studi punya menteri..macam proton pelahap sangat duit kerajaan sahaja2…kan dah nampak menjilat sangat tokpa ni..adoi..nak kutuk proton pun agak2 ar tok pa oi..studi lu elok2


  • Apa gunanya kerajaan kalau tak lindungi industri negara sendiri?

    Boleh kita bayangkan bank-bank besar dunia seperti Deutsche Bank, Bank of China, Citibank, Barclays dan sebagainya beroperasi dengan kebebasan yang sama sepeti Maybank, CIMB, BSN dsb?

    Cukup-cukuplah hypermart seperti Tesco, Giant dsb membunuh peruncit kecil. Atau aliran tunai yang keluar dari pembelian telefon jenama bebas. Itu belum kira lambakan buruh asing yang sanggup bekerja dengan gaji kecil.

    Industri automotif bukan hanya ada Proton di dalamnya. Ada banyak pemain-pemain lain yang perlu dilindungi kerana mereka ada akar umbi bersifat lokal.

    Yang MITI perlu fikir ialah bina pagar yang bijak. Jika orang luar mahu bersaing di sini, wajibkanlah mereka melabur sedikit kemudahan R&D di sini. Pastikan komponen penting dibina secara lokal, seperti enjin, transmisi, body. Bukannya rim, wayar-wayar, skru sahaja.

    Jangan dimarah bapa yang dulunya susah payah untuk kita, dibuangnya titik peluh berdekad-dekad untuk membina apa yang ada sekarang.

    Adakah benar Toyota, GM, Hyundai-Kia tidak ditimang-timang kerajaan Jepun, Amerika dan Korea Selatan sehingga hari ni?


  • Kerajaan Germany tak benarkan sesiapa pun tutup kilang di tanah mereka. Walaupun kos membina kereta di Germany dah melambung tinggi, kerajaan mereka masih mahu syarikat tetap bina kereta di situ, katanya ‘Made in Germany’. Walaupun VW dah kena hentam dari kerajaan U.S., kereta VW masih berjual berlambak-lambak di Germany. Rakyat masih support kereta nasional mereka walaupun dah terbukti VW memang penipu. Mereka tahu, VW dah sedar diri, tak erti nak kutuk lagi. Kalau VW musnah, industri automotif Germany akan musnah juga. Itulah bezanya rakyat/ kerajaan yang hargai industri automotif tempatan dan rakyat/ kerajaan yang hanya mementingkan diri sendiri.


  • salam

    statement tokpa membuatkan kita terfikir dia ni buat kerja ke tidak..sedapnya hentam proton ye…lepas tu bukan main angkat kemain produa…pasal produa pun dah lambung semacam je..tapi tak tau pun perodua tu tukang pasang je…proton ni macam2 ada…fabrik kereta pun boleh duk r n d…orang boleh kutuk macam2 kat proton sbb mereka akan perbaiki..kalau kutuk ferari ke lambogini ke bmw ke apa ke mereka tak layan manalah sbb bukan autonomi kita pun…tapi proton hak kita…

    satu lagi nampak sangat tok pa tak studi bila kata proton kena ada partner..nampak sanagt tak buat kerja rumah…yang buat sign agreement dengan daihatsu tu ape cite tok pa…adoi…nilah kalau c lalang nak kutuk proton tapi nak pukul tun sebenarnya….lepas tu duk bising kononnya proton mitak duit dari kerajaan…yang proton mitak memang kerajaan dah setuju nak bagi kalau buat r n d..bukan bantuan 1mdb saja2 ni…adoi…

    tokpa oh tokpa…nampak sangat


  • Proton x perlu mengalah dgn cakap2 pasal masa depan suram. Proton sudah ada basic yg teguh tentang industri pembuatan kereta. Cuma lgi perbaiki n meningkatkan reputasi baru terutama terhadap golongan pengguna generasi baru. Model2 generasi baru perlu diperkenalkn sebaik mgkin. Anggap je la apa yg tok pa cakap kat proton sebagai cabaran utk proton hatta 4 garis syarat sokongan gov tu prootn dh sedia penuhi.dgn jualannya yg agak merundum, kena ada strategi bagaimana percentage jualan bleh ditingkatkn… ramai yg sering mmbandingkan kejayaan company kereta korea sperti hyndai n kia dgn proton. Tapi tahukah sebelum hyundai misalannya berjaya di pasaran global mereka juga ada saat kelam bila hampir2 diistiharkan bankrup pada tahun 2001? Dan di mana mereka sekarang kalau bukan dipuncak kejayaan? So, proton mampu bangkit seperti mana hyundai dulu…

    Cheeers,


    • Saya cuba optimis, tapi sejak berdekad lalu, proton masih gagal meluaskan pasarannya. Memang benar proton telah mencapai kemajuan dari segi pembuatan kereta, namun dengan hanya mengharapkan pasaran tempatan yang semakin tepu dan merudum, ia tidak akan berjaya dan mampu bertahan.

      Proton tidak pernah mengambil langkah drastik seperti Hyundai dalam memasarkan kereta mereka di peringkat global. Malah dengan sumber modal yang terhad, proton terpaksa mengorbankan aspek pemasaran kereta mereka.

      Dan saya jangka pasaran proton pada tahun ini masih berada ditakuk lama. Kalau dapat 20% tu pun dah sangat cukup bernasib baik.


    • Mmm… kertas data dinilai menunjukkan penurunan penguasaan jualan proton semasa. Ketika itu model2 populis proton blum diberi penekanan. Fokus ketika itu utk hasilkan global standard car. Berjaya dari terma standard tapi dlm segment c ( preve, suprima s) dan terkini b segment hatchback iriz. Standard dh mulai tercapai cuma jualannya masih tidak atas faktor2 luaran seperti persaingan, reputasi silam, ekonomi semasa, trend pembeli dll. Ditambah lagi dgn campur aduk politik yg menghalang perancangan n strategi proton.

      Sbb tu proton perlu pantas menghasilkan model2 baharu yg populis n mampu milik seperi generasi baru saga, persona n pengenalan model dari A segment yg pasti pada harga majoriti mampu milik juga. Itu sahaja peluang proton utk bangkit kembali memecah dominan pasaran domistik dan bermula mengintai pasaran luar yg sedia ada dan mencari peluang2 baru. Proton perlu terus bertahan n bangkit seperti mana huyndai dulu bangkit mencipta kejayaannya kini. Proton penting bagi industri automatif negara.

      cheers!


  • although hard to swallow,
    what proton need to do is to clear its stock with together with some period of maintainability of the product with service and parts and then do foreign car re badge activity. maybe.

    what gov have to think is how to keep the plants running, regardless what makes or product brand they do.

    sustainability in terms of activity not the brand name.

    ,sad though but what to do…. we put our standard to the world standard, ,found out our standard is not up to the standard,

    if our car is matched up to the Hyundai or kia. only then we can. if not ,,,,,


  • kenyataan tokpa hadir lepas tun tinggalkan proton..satu hakikat kita kena telan sekrang ialah proton kena tekan lebih2 lagi semasa tun berada dalam proton…sbb nak siku tun tak lepas jadi kita cuit proton dengan bagi tekanan dekat peminjam…kadar kelulusan proton sangat rendah banding perodua…takkan kita tak pernah dengar semua cerita ni kan…tulah masalahnya bila campur aduk politik dalam ni…

    yes tun orang politik tapi dia pun tau pasal kereta…malah mungkin lebih banyak dari sesetengah kita….yang perdana baru pun ada sentuhan peribadi dia …tapi bila nak jatuhkan tun proton kena tempias tun mengalah wp syed mokhtar memiha kepada proton…

    paling tak bes bila kenyataan tokpa seolah proton hadap sangat duit kerajaan…JANJI capati ke tokpa..adoi…proton mitak duit bila buat r n d …kerajaan janji nak bagi bila buat…adoi….macam ar proton hadap sanagt duit tu..tapi orang dah janji proton tuntut….

    tokpa dah campur adukkan politik dalam hal ni…yanjg kilang naza tutup kat kedah ape ce tok pa….adoi…dari orang iq tinggi di malaysia ntah nape kenyataan tokpa skarang ni…lambung nampak…takpe….takpe…sampai masa ada lah…

    jangan sampai proton pun nak akat kaki n tokpa kata biasa dalam berniaga macam kenyataan tokpa pasal kilang naza…


  • Duit yg proton mintak tu memang duit rnd yg pihak kerajaan janji kan….kalau tak buat apa tun nak bising….kerajaan kita pun bukan tlg proton sangat….nak dpt loan pun payah tapi kat perudua senang jer dpt loan….

Leave a Reply