ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton pasca Tun Mahathir: Selamatkan atau jual? Apa nasib proton selepas ini

Views

Artikel oleh : Shamsul Yunos

  • Persaingan dari Perodua dan Honda serta Toyota dijangka bertambah sengit
  • Muhasabah diri secara ikhlas sudah jatuh wajib kepada Proton
  • Rancangan terperinci kunci membolehkan Proton terus relevan
  • Tok Pa berkata kalau mahukan bantuan semua perkara diatas perlu dilakukan
  • Tok Pa juga mahu Proton cari rakan strategik, Suzuki tak cukup bagus ke?

Proton dan kontroversi semacam udang dengan batu.

Soalannya apakah udang yang ada di sebalik batu kontroversi kali ini?

Ada yang berkata perletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Proton bukan satu keputusan yang mengejutkan kerana perbalahan antara mantan Perdana Menteri Malaysia dan Datuk Seri Najib Razak menyesakkan lagi Proton yang sedang bertarung untuk terus wujud.

Tak kurang juga yang terkejut dengan tindakan tersebut kerana Proton adalah anak emas Tun Dr Mahathir dan beliau begitu bersemangat untuk mengemudi syarikat automotif tersebut ke masa depan yang lebih cemerlang.

Apa pun, Tun sudah membuat keputusan dan Proton kini berhadapan dengan lanskap pengurusan yang berbeza dan tugas untuk mengembalikan zaman kegemilangan Proton tidak menjadi lebih mudah hanya kerana Tun sudah meninggalkan syarikat tersebut.

Selang sehari, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamad pula mengeluarkan kenyataan yang berapi menghentam Proton yang dikatakan terlalu lama hidup dengan bantuan kerajaan dan beliau juga berkias bahawa masalah Proton sekarang mungkin sebab campur tangan sesetengah pihak.

Mungkin anda setuju dan sudah tentu ada yang kurang setuju dengan kenyataan ini, tapi itulah lumrah dunia, setiap cerita mesti ada sekurang-kurangnya dua versi.

Kesimpulan yang saya dapat dari kenyataan Tok Pa tersebut ialah Kerajaan sudah tidak berminat untuk memanjakan Proton dan terpulanglah kepada pihak pengurusan untuk mencari jalan penyelesaian dan cadangan utama menteri ialah mereka perlu mencari rakan strategik dalam masa terdekat.

Nasihat ini agak aneh kerana Proton sudahpun mempunyai rakan teknikal iaitu Suzuki dan usaha menghasilkan model pertama sedang berjalan.

Adakah kenyataan Tok Pa itu menandakan bahawa pihak kerajaan mahu Proton mencari rakan yang lain? Jika ada syarikat manakah yang menjadi pilihan kerajaan? Volkswagen? Honda? Nissan? Ford? General Motors? Toyota? Ini satu persoalan yang amat menarik.

Dalam keadaan dimana Proton diasak oleh pasaran, politik dan persepsi, kemana arah tujuan syarikat automotif tertua negara? Adakah ianya akan dijual kepada pihak ketiga ataupun DRB-Hicom akan cuba untuk mengekalkannya sebagai anak syarikat?

Mampukan DRB-Hicom terus menyuntik dana kepada Proton dan berapa lama DRB boleh bertahan jika keadaan di Proton tidak berubah?

Realiti untuk pengurusan baru

Bila mereka mulakan tugas di Proton, realitinya Datuk Ahmad Fuaad Kenali dan Datuk Radzaif Mohamed berhadapan dengan kekurangan kewangan yang agak kronik dan barisan model yang agak tua dan kurang mendapat sambutan di pasaran.

Model paling tua, iaitu Saga merupakan model yang paling laku bagi Proton dan ini diikuti oleh Persona yang juga sudah berumur manakala model baharu seperti Iriz, Preve dan Suprima S agak lemah dan kurang popular disebabkan beberapa faktor termasuklah harga yang dikatakan terlalu tinggi untuk diterima oleh peminat Proton.

Ada juga betulnya kerana ramai yang membeli Suprima S bukan dari kalangan peminat Proton tetapi asalnya adalah pembeli jenama import yang ingin mencuba model paling canggih Proton. Masalahnya bilangan mereka adalah terlalu kecil untuk menjadikan Suprima S dan Preve model yang menguntungkan untuk Proton

Tahun ini kita dijanjikan tiga model baharu yang dihasilkan sendiri dan satu model hasil kolaborasi dengan syarikat automotif ketiga terbesar Jepun, Suzuki. Janjinya Proton akan melancarkan satu model setiap tiga bulan tahun ini namun mereka sudahpun terlepas jadual pelancaran pertama iaitu Perdana yang sepatutnya dilancarkan pada akhir bulan Mac.

Namun, kami difahamkan, keputusan untuk menunda pelancaran Perdana dilakukan bagi membolehkan pihak syarikat memastikan tahap kualiti yang diharapkan oleh pasaran dapat dicapai. Ini adalah sebab yang wajar untuk menunda pelancaran sesuatu produk.

Doa kami Perdana akan dilancarkan dengan keadaan sempurna dan mendapat tempat di hati pembeli.

Apa pun pelancaran empat model yang dijadualkan tahun ini adalah langkah yang sudah dirancang sekian lama dan bos baharu perlu memastikan ianya berjalan lancar dan segala usaha pemasaran dilakukan dengan terbaik supaya dapat menarik minat pembeli.

Pesaing utama dari Perodua, model sedan yang sedang ditunggu-tunggu dijangka akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini dan ianya mungkin akan memasuki pasaran pada bulan Julai. Proton dijangka melancarkan satu model baharu pada suku yang sama dan ini bermakna pembeli akan mendapat dua sedan kompak segmen B dalam tempoh yang sama. Yang mana satu akan menjadi jaguh di pasaran?

Model sedan Perodua dan model yang bakal dilancarkan oleh Proton penting untuk syarikat masing-masing dan akan memainkan peranan penting dalam menentukan halatuju dua syarikat automotif tempatan tersebut.

Perodua sedan menjalani satu transformasi mega dan kami menunggu sebarang pengumuman yang bakal dibuat oleh syarikat tersebut. Dalam artikel sebelum ini kami telah mengupas kesan dari keputusan Toyota untuk membeli keseluruhan saham Daihatsu dan apa yang akan berlaku kepada Perodua.

Pda pengamatan kami, Toyota bakal menggunakan Perodua untuk mencapai bahagian pasaran yang lebih besar di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara dengan menggunakan fasiliti kilang Perodua yang agak besar di Serendah. Kami menjangka kapasiti kilang sedia ada sebanyak 500,000 unit setahun bakal dikembangkan lagi, mungkin ke satu juta unit setahun sekiranya rancangan mereka berjaya.

Ini salah satu cabaran paling besar untuk Proton mengembalikan penguasaan pasaran mereka dan mencapai sasaran jualan 150,000 unit setahun kerana Perodua sudah tentu akan meningkatkan jualan mereka dengan pelancaran model sedan yang baharu.

Dalam keadaan Proton yang kurang bertenaga, pesaing bukan nasional juga sedang mengambil peluang untuk menambah angka jualan mereka.

UMW Toyota sedang gagap dan mungkin, masih dalam keadaan terkejut akibat Honda memintas mereka di selekoh terakhir tahun lalu untuk menduduki tempat pertama dalam saingan antara jenama import.

Tetapi, seperti yang saya katakan sebelum ini, ibu pejabat Toyota sudahpun mengorak langkah melalui Daihatsu dan kita belum lagi dapat melihat atau menjangka dimana mereka akan meletakkan UMW Toyota dalam papan catur terkini syarikat gergasi tersebut di Malaysia.

Yang pastinya Honda dijangka akan mengorak langkah besar di Malaysia setelah mencapai kejayaan besar mengalahkan seteru utama mereka dan sudah tentu Tokyo juga sudah mula membaca apakah langkah Toyota seterusnya di Malaysia.

Kilang Honda di Melaka dijangka boleh meningkatkan pengeluaran namun saiz fasiliti di Pegoh menghadkan angka pengeluaran kepada 100,000 unit dengan penambahan barisan produksi yang kedua pada tahun 2014 untuk memenuhi keperluan pasaran tempatan sehingga 2016.

Kita sudahpun memasuki 2016 dan Honda Malaysia sudahpun mencapai angka jualan 100,000 unit dan ingin meluaskan kuasa mereka.

Anda mungkin bertanya apa kaitan Honda dengan masa depan Proton?

Pertama sekali, Proton menghadapi realiti yang Honda mungkin melangkaui angka jualan mereka tahun ini sekiranya rancangan syarikat Jepun tersebut untuk melancarkan dua model CKD dalam tempoh satu tahun mencapai kejayaan dan Proton tidak berjaya meningkatkan jualan mereka dengan empat model baru yang dirancangkan.

Risikan kami mendapati Honda sudahpun meletakkan sasaran baharu mereka dan sasaran tersebut ialah Perodua. Anda mungkin berkata ini tidak lebih dari angan-angan kerana Toyota pun tidak pernah dapat menghampiri angka jualan Proton.

Sudah tentu sukar untuk Honda meningkatkan angka jualan mereka dalam tempoh satu tahun untuk mengejar Perodua tetapi ianya tidaklah mustahil sekiranya Honda menjadikan ianya sebagai sasaran tempoh sederhana mereka. Dalam lima tahun ini mungkin boleh menjadi realiti, dan sekiranya mereka gagal menjadi nombor satu, Honda mungkin boleh bersaing untuk tempat kedua dengan Proton.

Untuk bersaing dengan Proton dan Perodua, Honda perlu mengemukakan model mampu milik yang boleh mencapai angka jualan sekurang kurangnya 4,000 – 6,000 unit sebulan. Sekarang Honda City sudahpun mengatasi jualan Perodua Alza.

Oleh kerana harga model dari Proton lebih tinggi dari model Perodua, sebarang tempias dari usaha Honda untuk melancarkan model mampu milik sudah tentu akan lebih dirasai oleh Proton dan sebarang tindakan Honda akan diikuti oleh Toyota.

Sekiranya Honda mempunyai peluang, sudah tentu mereka mahu mengikut langkah Toyota dengan memiliki satu pangkalan pengilangan yang besar di Malaysia sekiranya mereka mahu memainkan peranan lebih besar dalam pasaran ASEAN.

Inilah lanskap industi automotif tempatan yang bakal dihadapi oleh dua jurumudi baru Proton. Arus yang kuat dan ombak yang besar dari pesaing tempatan dan import bergabung dengan angin pasaran yang tidak memihak kepada Proton menjadikan tugasan mereka amat sukar.

Untuk menghadapi cabaran yang bergelora ini, adalah penting untuk Proton berhenti sejenak dan melakarkan satu carta laluan yang selamat dan realistik ke arah pantai yang lebih tenang.

Untuk tujuan ini mereka perlu mengukur dengan ikhlas keupayaan syarikat dari segi kejuruteraan, rekabentuk, nilai jenama, kekuatan pasaran dan kewangan.

Langkah kedua ialah memilih keutamaan dan meletakkan yang penting di depan dan yang tidak penting ke tepi.

Mereka perlu membuat keputusan penting tentang barisan produk masa depan dan mengapa mereka perlu berada di segmen yang dipilih dan keputusan ini perlulah dibuat dengan berasaskan kajian pasaran yang mendalam dan bersandarkan kepentingan perniagaan.

Proton perlu mengaku bahawa ia adalah sebuah syarikat autmotif yang kerdil jika dibandingkan dengan pemain global yang lain dan mereka perlu memikirkan berapa model yang perlu mereka ada. Bilangan model yang banyak terbukti tidak menghasilkan peningkatan pasaran untuk mereka.

Mereka juga perlu memikirkan secara serius tentang rakan kongsi teknologi masa depan. Buat masa ini Suzuki sudahpun menjadi rakan kongsi dan hasil pertama dijangka memasuki pasaran dalam tahun ini.

Apakah rupa perkongsian teknologi mereka dengan Suzuki di masa depan?

Keputusan tentang peta teknologi amatlah penting dalam hal memastikan Proton terus menjana kejayaan kerana faktor penting seperti kos dan keupayaan menghasilkan kenderaan berpaksi kepada laluan teknologi yang dipilih oleh Proton dalam masa terdekat.

Keputusan untuk menghasilkan enjin GDi merupakan satu keputusan yang amat penting dan sekiranya ianya dilaksanakan dengan fokus yang tepat, ia mampu menjadi penyelamat Proton dalam tempoh sederhana ini.

Sekiranya enjin GDi ini diiktiraf sebagai enjin bertaraf dunia, ia bukan saja boleh menjadi daya penarik pasaran ke model Proton di masa depan, ia juga boleh menjadi batu lonjakan dalam sebarang rundingan dengan rakan kongsi teknologi. Sekurang kurangnya Proton membawa sesuatu yang berharga selain dari menawarkan pasaran di Malaysia yang semakin mengecut untuk mereka.

Cabaran menghasilkan platform juga perlu difahami oleh Proton, terutama sekali keupayaan untuk menghasilkan platform yang modular. Ini idea yang dicetuskan oleh Tengku Mahaleel pada akhir 1990an dan ianya satu komitmen kepada teknologi tinggi.

Komitmen kepada teknologi platform modular ini bukan satu komitmen membabi-buta demi mendapat nama tetapi ianya adalah satu komitmen kepada pengurangan kos menghasilkan kereta. Cabaran menghasilkan platform modular bukanlah satu kerja mudah, ianya hampir melingkupkan Volkswagen yang menghasilkan konsep casis modular bergelar MQB.

Sekiranya ini tidak boleh dilakukan, Proton perlu memikirkan satu strategi dimana sebuah platform boleh bertahan selama dua ataupun tiga kitaran model dengan perubahan rekabentuk luaran.

Ini adalah amalan tersorok industri automotif. Banyak jug syarikat yang menggunakan satu platform selama dua atau tiga generasi dan melangkau genre model dari sedan ke SUV ke MPV dibina atas telulang asas yang sama.

Sebagai seorang pemerhati industri automotif, kami berasa agak kecewa apabila DRB-Hicom gagal menghasilkan satu rancangan perniagaan ataupun rancangan model masa depan ataupun peta teknologi walaupun sudah lama memiliki Proton.

Penghasilan rancangan terperinci ini ialah antara kunci penting untuk memastikan Proton terus relevan dan tidak menjadi mangsa pasaran dan ditelah oleh pesaing. Rancangan terperinci ini mungkin melibatkan pencarian rakan strategik yang mungkin mahukan ekuiti dalam syarikat, samada sebagai pemilik majoriti ataupun pemilik signifikan yang diberi kuasa pengurusan.

Kami percaya teka-teki ini akan terjawab dalam masa terdekat dan kami berharap keputusan yang dibuat tidak akan menjadikan warga Proton sebagai mangsa keadaan.

halatuju proton pasa tun M

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

27 Comments


  • salam bro

    dahlah cakap pasal tokpa yang membodek n menunjukkan tak cerdiknya dia..dahlah tu…drb takkan jual selagi tun masih hidup sekurang2nya…betapa pemegang saham terbesar proton iaitu drb dan juga pemilik terbesar drb gembira melihat tun gembira senang dengan keadaan proton skarnag ni…

    tak heran pun kalau tun yang akan rasmi perdana baru ni…15 bilion sanggup ketepi apa sangat dana kerajaan yng kononnya tok pa cakap proton hauskan itu….adus…


  • Proton masih boleh diselamatkan sekiranya pengurusan Proton dan DRB membuat injakkan paradikma yang mana harus memikirkan keseluruhan impact untuk sesuatu decision.. Jangan hanya pikir keuntungan jangka pendek.. Jangan malu jadikkan Perodua atau other company sebagai benchmark.. DRB management kena berubah.. jangan terlalu protocal dalam sesuatu decision sehinggakan perubahan yang hendak dijalankan oleh proton mengambil masa yang terlalu lama yang ada kala mengambil masa masa lebih dari 3 bulan hanya untuk approval dari management DRB Group.. sekarang zaman telah berubah.. setiap perubahan hendaklah dilakukan dengan segera sekiranya kita ingin bersaing dengan orang lain.. Lakukan pembersihan total terhadap pekerja pekerja yang tidak jujur.. Jangan disebabkan pekerja itu telah lama berkhimat dan berkedudukan tinggi tiada tindakan boleh diambil.. ini adalah salah satu cara penjimatan yang dilakukan oleh company Jepun dan Korea dalam mengejar penguasaan sesuatu industri.. Diproton nak dapatkam budget approval business travelling pun ambil masa sebulan dan banyak paperwork diperlukan.. dibandingkan dengan perodua yang hanya memerlukan sekeping dua sahaja paper untuk approval dan average seminggu untuk diluluskan..


  • Saya pernah komen dlm analisis En Shamsul sebelum ini bahawa apa yg Proton paling perlukan skrg bukannya rakan teknikal antarabangsa (Suzuki) atau pengurusan baru yg mahir mengurus sahaja.

    Proton perlukan seorang pemimpin yg mempunyai Visi (Visionary ala Elon Musk) utk membawa Proton ke tahap yg lebih tinggi dan membezakan produk Proton drpd persaing yg semakin banyak.

    Masalah Proton bukannya teknikal tapi tiada sorg CEO yg mampu mengeluarkan satu pelan strategik yg Visionary (saya xtau perkataan BM yg sesuai).

    Adakah anda rasa enjin baru GDI boleh selamatkan Proton? Atau rekaan futuristik ala syarikat Korea? TIDAK! Cuba anda melayari laman web Ricardo, syarikat British yg tlg Proton membangun enjin baru, tgk Press Release dia utk 2015 berapa enjin baru yg turut dibangunkan oleh Ricardo utk syarikat kereta China? Sekurangnya lima syarikat China mendapat enjin GDI baru. Manakah advantage Proton dgn enjin baru ini? Lebih lagi, enjin GDI syarikat China tu dh dlm produksi, ya, dh dlm kereta yg dijual di pasaran. Enjin Proton msih blm kelihatan. Enjin baru tidak akan menukar nasib Proton. Utk rekaan, adakah rekaan Proton (yg enggan mengambil org luar) mampu bersaing dgn syarikat China misalnya Greatwall yg mengambil sekumpulan pereka kereta dr Italy, ya, Italy.

    Hakikatnya pasaran kereta hari ini dh terlalu penuh dgn persaing. Cuba anda fikir mcm mana Proton akan bersaing dgn syarikat China dan India yg bakal membanjiri pasaran dunia dgn kereta mereka? KALAU PROTON HANYA MEMPUNYAI VISI UTK JUAL KERETA SAJA, TUKAR MODEL TIAP LIMA TAHUN, PROTON AKAN MENGALAMI NASIB YG SAMA DGN SYARIKAT INI – HOLDEN.

    Persaingan dh begitu sengit hingga taiko Toyota pun keluarkan model hampir baru utk facelift! Tidakkah anda perasan perkembangan ini?

    Proton hanya dpt menang dgn sebuah Visi yg menjangkaui imaginasi ala iPhone. Ini bkn agan-agan tapi realiti. Tanpa Visi seperti ini Proton seakan seekor ikan emas yg berebut makanan dgn sekumpulan ikan tilapia! Klu Tesla mampu buat kenapa bkn Proton? sebab Proton syarikat Malaysia kah? Klu syarikat China dan India (dan syarikat Jepun dan Korea sblm ini) juga berfikir sedemikian tiadalah persaing utk syarikat USA dan Eropah.

    Saya xtau mcm mana Proton blh mendapat seorang pemimpin yg bervisi. Mmg saya sendiri pun rasa Proton tiada harapan, kerajaan akan sokong Proton utk seketika – supaya tidak hilang undi pekerja Proton – tapi akhirnya Proton akan mengikut langkah Holden. Saya cuma harap mungkin ada harapan tipis sorg peneraju akan melangkah ke depan utk mengambil alih Proton supaya Asia Tenggara juga mempunyai sebuah syarikat kereta antarabangsa dlm bentuk Proton.

    Sidenote: En Shamsul menulis pasal strategi Honda utk mensasari Perodua. Saya rasa ini adalah sesuatu yg kurang penting. Harus diingati bahawa Perodua bknlah Perodua iaitu Perodua bkn sebuah syarikat tempatan ala Proton. Samada Perodua dihapuskan saya xkisah. Kenapa? Seperti yg dikatakan tadi Perodua bkn Perodua (namanya tempatan syarikatnya asing), Perodua cuma “extension” atau jenama kembar taiko Toyota bagaikan Nissan dan Datsun yg keluarkan model murah atau Toyota / Lexus. Strategi sebegini telah digunakan Toyota di merata dunia. Pendek kata Perodua adalah Toyota, xperlu memisahkan dua entiti ini bila bincang industri kereta Malaysia. Adakan “kejayaan” Perodua kebangaan saya? Tidak. Adakah anda bangga dgn Naza dan Inokom? Cuba anda fikir apa yg akan berlaku kpd Perodua. Kerajaan skrg dh kurang minat membangunkan syarikat kereta tempatan (Proton). Dlm masa sepuluh tahun bila Toyota terus menguasai pasaran tempatan (Toyota / Perodua dh menguasai 50% pasaran Malaysia skrg) Toyota akan melakukan sepertimana yg dilakukan kpd Scion baru-baru ini – jenama kembar Toyota Amerika Utara – jenama Perodua akan dihapuskan dan diganti dgn lambang Toyota. Pada masa itu dua-dua syarikat kereta kita – satu betul-betul tempatan dan satu pura-pura tempatan – dh pupus.


  • Yang pertama. Hapuskan vendor yang tak up to par.
    Kedua. Elakkan buat keputusan yang tak popular semata mata nak tunjuk pandai. Contoh dah terbukti cvt punch lembab dan ramai tak puas hati. Tup tup iriz keluar nah punch lagik. Memang kena punch la. Alasan nak kurang kos. Kena buat pilihan betul kurang kos atau tambah revenue?

    Ketiga. Kasi otak r&d team tu jalan skit. Dah tau cuaca malaysia ni panas, pilih la quality plastik yang tahan panas. Ini kereta baru pakai dua tiga hari, glove box dah tenggang. Bunyi krik krik tak sudah.

    Setakat ini saja nukilan saya pasal member tengah tunggu nak melawat kawan kat spital.

    Wassalam


  • Tingkat kan kualiti kereta, after sales & services mesti yg terbaik. Dasar pandang ke timur tu terapkan juga dalam pengurusan dan pengeluaran proton. DRB dah memang pegang honda, merz, patut dah tahu bagaimana dua jenama ni buat kerja.


  • Kelemahan membuat keputusan proton sebelum ini.. mereka membiarkan model yg paling laris seperti Saga dan Persona tanpa diganti..

    Walaupun preve mulanya merupakan model gantian persona.. namun saiz yg besar meletakkan preve di segmen C..

    Proton silap apabila memperkenalkan suprima c.. model yg kurang mendapat sambutan

    Lihat shj perodua.. mereka hanya membariskan 3 model utama mereka, mampu membuahkan 15-20k pengeluaran sebulan..

    Pada sy, proton hanya umpama pistol yg menembak ke udara, manakala perodua mereka benar2 mengkaji apa yg masyarakat mahukan, dan mereka menterjemahkan ia dgn model2 spt myvi, alza dan model terpanas.. Axia


  • ulasan yang baik..jika dibaca komen di fb anti tun M, ramai juga melayu yang mengutuk proton dan minta ditutup sahaja. tidak sangka juga kemelut politik yg berlaku telah menjejaskan proton.


  • Kembalikan kegemilangan mcm dahulu zaman satria gti dan perdana.dptkan enjin yg baru dan lasak.Kualiti yg baik dan design yg segar dgn teknologi terkini.Murah sikit dan blh di jual dgn kuantiti yg bnyk.Pengurusan jgn asyik dok tukar mcm buat experimen.Cari yg betul2 layak.Syg dah ada Lotus tlg gunakan ianya dgn berkesan.


  • Proton BUKAN projek gagal.
    Cuma tidak kompetitif dan ROI yang rendah.

    Proton tidak dapat menjual dgn jumlah banyak kerana pengeluaran rendah dan ruang utk eksport tidak tinggi. Disamping roadmap model2 yang dibuat ikut kepala lutut org2 di atas Proton sebelum ini.

    Proton juga berbelit belit nak bernafas sebab dipimpin oleh CEO2 yang buat kerja ikut ckp ahli politik dan kaki bodek dari awal.
    Ini terpaksa kerana Proton adalah GLC.

    Ahli politik itu adalah Tok Det sendiri, menteri berkaitan dan menteri2 kabinet lain yang membuat dasar. Selain itu, kroni2 ahli politik.

    Proton hari ini seperti orang tua yang baru kenal dan sedar dunia ini ada Tuhan. Selama ni hanya leka.

    Kalau kerajaan membuat keputusan untuk menutup proton atau menjual proton kepada orang luar dan tidak menyokong Proton, kerajaan adalah kerajaan yang tidak berguna langsung.

    Proton boleh maju seperti Kia.
    Proton tidak perlu dijual pegangannya kepada bangsa asing, cuna perlu cari pakar di kalangan bangsa asing yang memang pakar untuk menerajui di unit2 tertentu sahja. Cari mereka dab upah mereka.

    Di bawah Tok Det, cara dia adalah untuk buktikan 100% dari Proton adalah tulen dari anak Melayu.
    Hari ini, Proton perlu bersaing maka sifat kebanggan itu kena diubah dari sebuah penciptaan asli kepada sebuah entiti asli.

    Upah org luar yang hebat dan latih anak2 tempatan di bawah mereka.
    Ini baru kita cerita pasal Proton. Belum lagi Modenas.

    Apa beza Proton dan Petronas?
    Nasib baik Petronas dipimpin oleh CEO yang cekap dan tegas iaitu Hasan Merican. Maka Petronas maju jaya berbanding Proton. Minyak dan kereta adalah keperluan dunia. Bezanya ialah cara pentadbiran dan perancangan.

    Proton bukan projek gagal.
    Proton bukan sebuah kegagalan.


  • Iriz dan Preve sepatutnya menjadi bread & butter model kpd Proton selain drpd Saga, tetapi malangnya itu tidak berlaku. Iriz disebabkan design luaran yg kurang menjadi.


    • bro…biar betul….preve kesilapan sbb lancar tanpa ready..macam2 hal..samapi satu ketika salesman takut nak jual preve…drb masuk n buat macam2 kat preve baru selesai…tun kata abik masa satu tahun nak pulihkan preve n reputasinya yang tercalar…sebelum tun dedah lagi aku dah dengar dari salesman proton pasal masalah preve ni…

      iriz jadi macam tu sales dia sbb bank kurangkan nak lulus pinjaman kalau namanya proton…pahit tapi itu hakikat


  • 1. Proton boleh keluarkan kereta yang baik tapi kurang cekap untuk menjual. Don’t bother about domestic market. Export market perlu menjadi keutamaan Proton.

    2. Semua orang boleh jangka Proton kekurangan modal untuk menjadi pesaing. Kia dan Hyundai juga suatu ketika dahulu menghadapi masalah besar sehingga hampir bankrap dan kedua-dua syarikta terpaksa bergabung (merged).

    3. Designer Proton nampak kurang competitive – krang berani, design Proton orang kata hanya so so… Ramai orang orang teruja dengan Proton Emas.. tapi bila Iriz kluar ia agak tersasar dari concept Emas.

    4. Perlu ada tenaga yang agresif untuk melonjakkan jualan kereta Proton terutama untuk pasaran export. Pengrusan yang ada nampak lembik dan kurang produktif.

    5. Harga proton mahu atau tidak mahu kena sekurang2nya 10-20% lebih rendah dari pesaing termasuk produa.


    • KIA merupakan kejayaan terbesar industri automotif Korea. Kalau kita lihat pada awal era new milenium (awal tahun 2000~2004),pasaran kereta Eropah hampir langsung tidak kenal brand KIA. Kalau brand Hyundai memang sudah ada tapak, walaupun tidak sekuat brand lain dr Jepun. Boleh dikatakan pada ketika itu produk2 KIA tidak jauh levelnya dgn Proton dr segi kualiti, design dll. , malahan orang di UK pun lebih kenal jenama Proton drpd KIA. Cuba kita lihat sekarang di mana KIA berada berbanding Proton, jauh meninggalkan Proton dr segi design, model lineup, kualiti dan distribusi pasaran! Jenama KIA telah berkembang menembusi pasaran hampir di setiap pelosok benua. Di mana Proton berada sekarang? Semakin terhimpit di bumi sendiri? Mungkinkah berpunca drpd sikap complacency dan lambat bertindak Proton sblum ini?


  • Proton ada Saga, Persona, Exora, Iriz, Inspira, Preve, Suprima dan tahun ni Perdana akan masuk pasaran (jualan proton sebulan sekitar 6-9k).. Perodua ada Axia, Alza, Myvi dan Viva (jualan Perodua sebulan sekitar 15-20k)

    Dan tahun ni Perodua bakal memperkenalkan sedan pertama mereka. jika pakej sedan mereka seperti Mitsubishi Attrage, pasti ia akan memberi masalah yg sangat besar kepada Saga dan Proton..

    Proton ada rakan stategik dengan Suzuki, sy amat berharap agar Proton model yg akan diperkenalkan nanti adalah model yg benar2 memberi pulangan yg lumayan kepada Proton dan Suzuki.. sy tak rasa mpv ertiga akan beri impak yg besar kepada jualan proton..

    market sekarang lebih kepada model kompak seperti Axia, Mirage, Attrage.. dan mungkin SUV

    jangan ulangi kesilapan pegurusan lalu yg salah membuat keputusan dengan melabur kepada model yg tidak menguntungkan


    • Proton sepatutnya melancarkan re-badged SUV Suzuki Vitara secepat yg mungkin, segmen SUV kompak sekarang paling pantas berkembang. Kalau lmbat Proton akan terlepas potensi jualan. Pengurusan Proton sepatutnya nampak perkara ni!


  • Saga – kereta paling laris dan mampu milik oleh kebanyakan rakyat malaysia. Sepatutnya model ini diberi perhatian utama oleh proton. Dengan keadaan sekarang, nampaknya pelancaran saga baru mungkin tertangguh lagi.

    Persona – mid size sedan dan antara kereta kegemaran rakyat malaysia untuk harga sub RM60K. model ini juga semestinya menjadi keutamaan proton. Seperti saga, mungkin pelancaran penggantinya juga akan tertangguh.

    Exora – MPV bersaiz sederhana besar pada harga mampu milik bagi kebanyakan mereka yang bekeluarga. Model ini seharusnya sudah diganti memandangkan ia sudah agak lama di pasaran.

    Proton perlu menumpukan kepada model2 di atas terlebih dahulu..Bukan tak boleh tumpukan kpd model2 lain seperti iriz, preve, suprima s, perdana hatta SUV..cuma kalau nak lancar model baru, pastikan model yang diketahui menjadi pilihan rakyat dikeluarkan terlebih dahulu..

    contoh perkenalkan saga baru, dan dalam tempoh setahun tu perkenalkan kereta model bukan niche anda seperti suprima s…perkenalkan persona dahulu, then dalam tempoh setahun perkenalkan Iriz…tu sebagai contoh…At least boleh juga gain modal dan keuntungan lebih besar daripada penjualan model2 yang diketahui selama ini menjadi pilihan rakyat malaysia.

    Then kalau saga/persona/exora tu proton buat elok2 kualitinya, Mungkin akan datang mereka akan membeli kereta proton yang lebih mahal jika berkemampuan.

    Tu yang saya nampak langkah proton untuk menguasai pasaran tempatan. kalau pasaran eksport, kena fikir cara lain.


    • Masa model Preve dilancarkan , ia sepatutnya berperanan sbgai Persona Replacement Model. Tetapi malangnya impak di pasaran tk brapa menjadi. Mungkn harga Preve 1.6 CPS kena turun lg utk lebih mampu milik. Saga baru mesti dilancarkan secepat mungkin sbb ini bread & butter model Proton. Cuma dikhuatiri Persona baru yg merupakan versi sedan Iriz mungkin akan bersaing dgn Saga baru disebabkn size yg tak jauh beza..


    • yes in malaysia saga and exora is hot selling, but if these two were sent overseas, its potential or prospect to be interfered by other foreign makes like Japanese or Koreans which they are nearly at the same price bracket thus makes tough competition.


  • Menu

    Search

    PROTON: A Note To The Cabinet Members
    IG052

    PROTON: A NOTE TO THE CABINET MEMBERS

    1- Within 24 hours after the resignation of Tun Dr Mahathir as Proton’s Chairman, the Ministry of International Trade and Industry produced a damning assessment on Proton.

    2- It would probably be the first time in Malaysia’s history we see a senior minister giving an unfavorable feedback on a private-owned company, especially when the company is not on a collision course with the concerned minister.

    3- Nevertheless, it is mind-boggling to see at least 6 cabinet ministers being used by certain leaders for the purpose of trying to shame Proton.

    4- According to the statement, the Government cannot continuously protect the national car maker; hence Proton needs to “graduate from protection”. Malaysia, in fact, should learn from South Korea and Japan.

    5- In 2009, the United States of America injected USD150 billion in order to save General Motors from bankruptcy. Of course, this is not considered as protectionism and no case study should be made why the world biggest capitalist decided to take such decision.

    6- In 2014, Australia’s car industry was practically dead when the Government did nothing to save the industry. The planned exit by Toyota, Ford and Holden from the country will trigger a net loss of 200,000 jobs, with about USD29 billion wiped out from Australia’s GDP. Again, no case study has been made.

    7- A year ago, Khazanah took Malaysia Airlines private by injecting RM6 billion of public funds. It is indeed a bold and courageous move- as an introduction of the Proton 30 years ago.

    8- While Proton is bleeding by the millions of Ringgit for the past few years, it never had to resort to what MAS did where 6,000 workers being told they have to be sacrificed in order to save the national airline. It’s like telling a man being devoured by a tiger that he is really helping to preserve a treasured species.

    9- Maybe because of the failure to take such drastic measures that the minister believes Proton is being managed unprofessionally and led by incompetent team.

    10- The airlines industry is never a core industry in Malaysia. The automotive sector is. The industry employs more than 550,000 people and contributes nearly RM30 Billion to a country’s GDP to date. It is because of that, the previous Government has directly and indirectly assisted Proton to the tune of RM13.9 billion since its inception.

    11- However, the incentives given have not been wasted. Hopefully, this note will tell the person who made use of you to acknowledge all these facts.

    12- First, Proton has fully paid off its RM800 million loans received from the Government by using internal resources.

    13- Second, Proton has sold more than 4 million cars. It means that they have been taxed by the Government. Since its founding, Proton has paid approximately RM24 billion in taxes.

    14- Third, by having Malaysians buy national cars instead of imported ones, the capital outflow prevented by Proton is estimated to be around RM 120 billion if we take RM30,000 as an average price per car. This money is being circulated within our economy.

    15- Monetarily, Proton is a good investment for the economy.

    16- How about Proton’s contribution through job creation and transfer of technology? More than 77,000 people are employed directly by Proton. Additionally, there are 400 vendors supplying to the national carmaker. Proton is the most active company in the country when it comes to Research and Development. Today, they have registered almost 2,800 of Intellectual Property Rights (IPR).

    17- The minister himself admitted that when he said a number of Proton vendors have approached him. Instead of fixing what really caused Proton’s market shares to dwindle, the ministry gave soft loans to alleviate vendors’ burden. This, however, does not solve Proton’s problem.

    18- How about the unfair competition in the market where foreign cars get exemptions when they do not conform to our specifications? How about the definition of national car where foreign car makers can only have 40% local content to benefit from the tax-free status of national cars? How about the decision made by the Government to allow almost unlimited import of foreign cars from countries which are the same countries that made it bureaucratically difficult for our cars to enter their market?

    19- All these policies have reduced foreign car makers cost which give them advantage over proton. Is this fair? Where is the solution?

    20- The only solution that the Minister had for all these problems is to ask Proton to get a strategic foreign partner. To them, the locals are deemed unfit, unprofessional and incompetent. Therefore, we must sell our controlling stakes in Proton to foreign marques.

    21- Perodua runs by a different model. Although its financial performance should be commended, none of the cars are 100% built by them. Proton, on the other hand has several cars that are 100% built by Malaysians. When Proton Saga was introduced in 1985, it has 19% locally made components. 15 years later, Proton Waja was built using almost entirely by locals.

    22- Every country will protect their national car even in developed countries. In South Korea, all foreign cars must be conducted under Korean testing standards which usually come at a very high cost. In Japan, they carve out the profitable and high volume market in minicars below 660cc. In Japan’s unique driving environment, it is very unlikely that a foreign company would want to build such car. In China, all foreign car makers have to partner with a state-owned company because nothing happens without the approval of the government.

    23- Here in Malaysia, protectionism is deemed a negative thing.

    24- It is strange that when an unsustainable business model like 1MDB posted a net loss of RM665.36 million for the year ended March 31, 2014, and having a serious cash-flow issues, the cabinet members decided to give almost RM1 billion standby credit facility.

    25- But when Proton requests for assistance to reimburse its R&D cost and soft loans, some ministers ridicule and humiliate it. It is very strange, indeed.

    Mat Rodi

    (VERSI BAHASA MELAYU)

    PROTON: NOTA KEPADA MENTERI KABINET

    Kurang daripada 24 jam selepas perletakan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai Pengerusi Proton, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah mengeluarkan kenyataan terhadap model perniagaan Proton.
    Kemungkinan ini adalah kali pertama dalam sejarah di mana seorang menteri kabinet memberikan kenyataan yang begitu kritikal berkenaan dengan sebuah syarikat swasta.
    Berikutan itu, tidak kurang 6 menteri kabinet yang lain turut memberikan pandangan yang sama.
    Menurut kenyataan menteri tersebut, industri automotif tidak seharusnya dilindungi dan Proton juga perlu belajar untuk berdikari. Jika Korea Selatan dan Jepun boleh, mengapa tidak Malaysia?
    Pada 2009, kerajaan Amerika Syarikat telah menggunakan dana awam sebanyak USD150 billion untuk menyelamatkan General Motors daripada muflis. Sudah pastilah tindakan tersebut tidak akan dianggap sebagai ‘perlindungan’ dan tiada kajian yang dibuat untuk memahami mengapa tindakan sedemikian dilakukan oleh sebuah negara yang begitu terkenal dengan konsep ‘pasaran terbuka’.
    Pada 2014, industri automotif Australia telah pun terkubur berikutan keputusan penutupan kilang kereta Toyota, Holden dan Ford pada 2017. Dianggarkan lebih 200 ribu pekerja akan hilang pekerjaan dan lebih USD29 billion akan hilang daripada KDNK Australia. Sekali lagi, tiada kajian yang dibuat.
    Pada tahun lepas, 2015, Malaysia Airlines telah disuntik RM6 billion dana awam dalam usaha menyelamatkan syarikat penerbangan nasional. Tindakan ini adalah suatu tindakan yang berani sebagaimana pengenalan Proton pada 30 tahun yang lepas.
    Walalupun Proton kerugian jutaan ringgit sejak beberapa tahun yang lepas, tetapi Proton tidak pernah melakukan ‘strategi MAS’ di mana 6,000 pekerja ditamatkan perkhidmatan dalam usaha menyelamatkan syarikat tersebut.
    Kemungkinan disebabkan itu, maka Proton dianggap oleh menteri-menteri kabinet sebagai tidak professional dan diketuai oleh barisan pengurusan yang tidak cekap.
    Industri penerbangan bukanlah penggerak ekonomi utama di Malaysia berbanding dengan industri automotif. Industri ini menggaji lebih 550,000 pekerja dan menyumbang hampir RM30 billion kepada KDNK negara. Atas sebab inilah kerajaan terdahulu memberikan bantuan dalam pelbagai bentuk bernilai RM 13.9 billion.
    Walaubagaimanapun, insentif dan bantuan yang diberikan tidak hilang begitu sahaja.
    Pertama, Proton telah pun membayar balik pinjaman RM800 juta dari kerajaan.
    Kedua, Proton telah menjual 4 juta kereta dan hasil jualan ini dikenakan cukai. Sejak penubuhannya, Proton telah membayar cukai sebanyak RM24 billion kepada kerajaan.
    Ketiga, melalui pembelian kereta nasional, aliran wang keluar berjaya dikurangkan. Jika diambil harga purata sebuah kereta adalah RM30,000, ia bermakna sejumlah RM120 billion aliran wang yang kekal mengalir dalam pasaran ekonomi tempatan. Jumlah ini- jika dibiarkan mengalir keluar melalui pembelian kereta asing, pasti akan memberi kesan kepada defisit kerajaan.
    Sudah jelas dari sudut wang ringgit, pelaburan yang dibuat oleh kerajaan adalah amat berbaloi.
    Bagaimana pula halnya dengan sumbangan Proton dari aspek lain? Untuk rekod, lebih 77,000 jumlah pekerjaan yang diwjudkan melalui Proton. Tambahan dari itu, terdapat 400 vendor yang bergantung kepada Proton. Hari ini, Proton merupakan syarikat tempatan yang paling aktif dalam mendaftarkan hak cipta dengan 2,800 IPR (Intellectual Property Rights).
    Dalam kenyataan menteri tersebut, beliau mengakui terdapat sebilangan vendor yang memerlukan pertolongan. Namun, di sebalik cuba membantu memulihkan Proton, kementeriannya telah memberikan pinjaman mudah bagi meringankan beban. Sungguhpun ia tindakan yang terpuji, tetapi ia masih tidak menangani isu sebenar.
    Bagaimana pula dengan persaingan yang tidak adil di mana kenderaan luar boleh memperolehi pengecualian jika tidak menepati piawaian negara? Bagaimana pula dengan definisi mudah ‘kereta nasional’ yang hanya memerlukan 40% komponen tempatan bagi membolehkan kenderaan luar menikmati status bebas cukai kereta nasional? Bagaiman pula halnya dengan keputusan kerajaan untuk membenarkan kenderaan luar masuk ke dalam negara sedangkan negara tersebut mengenakan syarat yang ketat kepada Proton?
    Kesemua ini tidak diendahkan. Sebaliknya, kementerian beliau tetap mencadangkan agar Proton mempunyai rakan strategik asing. Nampaknya kemampuan tempatan masih belum mencukupi. Oleh itu Proton haruslah menjual pegangan majority kepada syarikat luar.
    Bagaimana pula dengan Perodua? Perodua adalah model yang lain. Prestasi kewangannya membanggakan tetapi tidak ada model Perodua yang dihasilkan 100% oleh warga tempatan. Sebaliknya Proton mempunyai beberapa model yang dibina 100% daripada lakaran sehinggalah ke jalanan.
    Setiap negara yang mempunyai kenderaan nasional pasti akan melindungi pasarannya. Ini termasuklah di negara maju. Di Korea Selatan, setiap kenderaan asing perlu menjalani ujian mengikut piawaian mereka yang biasanya menelan kos yang tinggi. Di Jepun, mereka telah mengasingkan pasaran kereta bawah 660cc hanya untuk kenderaan mereka sahaja. Ini adalah pasaran yang lumayan. Di China, setiap pengeluar kenderaan asing perlu menjalin usaha sama dengan GLC mereka. Ini adalah apa yang berlaku.
    Sebaliknya di Malaysia, perlindungan dianggap sebagai sesuatu yang pelik dan jijik.
    Adalah amat menghairankan apabila sebuah model perniagaan yang tidak ‘mapan’ seperti 1MDB yang telah kerugian RM665.36 juta pada 2013 dan menghadapi masalah aliran tunai yang serius, barisan kabinet memberikan bantuan kredit sebanyak RM950 juta.
    Tetapi apabila sebuah syarikat kereta nasional membuat permohonan menuntut dana R&D dan pinjaman mudah, terdapat menteri kabinet yang memperlekehkan syarikat ini.
    MatRodi

    About these ads

    Share this:
    TwitterFacebook

    Related
    PROTON 30 TAHUN
    In “Government”
    BR1M- to give or not to give?
    In “Economy”
    High Income Malaysia or A Developed Nation?
    In “Economy”
    April 4, 2016Leave a reply
    « Previous
    Leave a Reply
    Your email address will not be published. Required fields are marked *
    Comment
    Name *
    Email *
    Website
    Post Comment
    Notify me of new comments via email.

    Archives

    April 2016 (1)
    January 2016 (1)
    December 2015 (1)
    August 2015 (1)
    July 2015 (1)
    June 2015 (1)
    May 2015 (2)
    April 2015 (1)
    March 2015 (2)
    February 2015 (1)
    January 2015 (2)
    December 2014 (1)
    November 2014 (2)
    October 2014 (1)
    September 2014 (2)
    August 2014 (3)
    July 2014 (2)
    June 2014 (6)
    May 2014 (2)
    April 2014 (3)
    March 2014 (2)
    February 2014 (6)
    January 2014 (2)
    December 2013 (3)
    November 2013 (3)
    October 2013 (1)
    July 2013 (1)
    June 2013 (3)
    May 2013 (3)
    April 2013 (1)
    March 2013 (1)
    Matrodi On Twitter

    MatRodi On FB

    Blog Stats

    147,508 hits
    View Full Site

    Blog at WordPress.com.


  • 1. DRB-HICOM bangunkan tanah Proton Shah Alam jadi Mixed development. Sure GDV mamapu capai sekitar RM30billion.
    2. Memandangkan lepas ni lebih efisien 1 kilang di Tg.Malim sahaja, tidak mustahil Honda Malaysia (JV DRB HICOM juga) akan gunakan fasiliti ni untuk pasang Honda kat Malaysia selain di Pegoh.
    3. JV dengan Suzuki akan berterusan, sebab market Suzuki terlalu kecil di malaysia, tak berbaloi nak invest.


  • Dato’ Abdul Rahman Dahlan said in an article posted by the Star, (an extract of which, was posted at the bottom), that Dr M must answer for Proton’s colossal failure; I feel the need to clarify.

    1. Proton was the no 1 car maker when Tun Mahathir was the Prime Minister.

    2. Proton went downhill under Tun Abdullah Badawi premiership whom was also the Minister of Finance, the holding company of Khazanah Nasional whom was at that time, the biggest shareholder of Proton Holdings Berhad. Dato Mohammed Azlan Hashim was appointed by Khazanah Nasional as Proton Chairman and was tasked to remove Tengku Mahaleel as Proton Managing Director.

    3. Dato Mohammed Azlan Hashim succeeded in removing Tengku Mahaleel when his predecessor, also a Khazanah Nasional appointee Dato Abu Hasan Kendut had failed. When Tengku Mahaleel was removed, he left Proton with RM4b in cash reserves.

    4. Proton lost to Perodua as the number 1 car maker under Dato Mohammed Azlan Hashim when Khazanah Nasional was the biggest shareholder and in control of Proton.

    5. Khazanah Nasional, via Dato Mohammed Azlan Hashim had reversed Tengku Mahaleel’s decision to terminate EON as Proton distributor when EON refused to contribute to the R&D funds requested by Proton after the government stopped giving R&D grants for proton development.

    6. This resulted in a sales network with more than 400 dealers representation in Malaysia. This was the most destructive decision that weakens the once a strong dealership network and the start of a series of catastrophe.

    7. Proton’s downfall started when Khazanah Nasional was the owner of Proton and when the government under Tun Abdullah Badawi had no clear vision and roadmap for the national car.

    8. DRB-Hicom was asked to take over Proton for Barisan Nasional to win the previous election when one of the opposition’s strongest manifesto was to shut down Proton! DRB-Hicom then, de-listed Proton and capitalized on Proton’s asset.

    9. Proton’s real problem began when Khazanah Nasional wanted to gain control of Proton by sacking the performing and profitable Proton Managing Director Tengku Mahaleel. Proton has been repeatedly raped since then.
    10. Proton went into financial problem when all its cash reserves and assets were exhausted during those period under Khazanah Nasional. Tun Mahathir recently came back as Proton Executive Chairman to save whatever that is left in Proton. If there is anyone that should be blame for Proton’s failure, then it should be Khazanah Nasional and not Tun M. – MalaysiaGazette


  • Perbezaan kia dan proton ni satu je bro..kia tukar head designer,proton simpan.

    Kia lepas tukar designer terus je kebaboom jualan dia.walaupun mase tu enjin masih kuat minyak & kualiti pun tak jauh dgn proton

    Proton?dengan design garis bersambung dpn ke belakang,punggung tinggi,kereta besar tayar kecik,xtau pulak design camtu dipanggil timeless.tp azlano ni xleh kutuk bro,sbb kalau bro xtau lg dia ni la yg design satria neo tu.hahah

    K.bai


  • Adakah anda memerlukan pinjaman pinjaman kelulusan yang cepat? Adakah anda secara kewangan turun? Adakah anda memerlukan pembiayaan perniagaan? kemudian cari lagi .. Dana Daniel adalah jawapan kepada semua masalah kewangan anda, kami menawarkan pinjaman pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2% dan pasukan kewangan kami sentiasa bersedia untuk menghadapi masalah anda, kami pakar dalam pemberian pinjaman dan pelaburan. hubungi kami melalui e-mel: [email protected]


  • Hai pandangan yang anda tahu ada mantra untuk memenangi cinta kembali dari bekas. Saya sudah melakukannya. Saya suka membaca tentang hubungan dan cara membuatnya berfungsi, bagaimana untuk memperbaiki hubungan, dan bagaimana untuk menjaga kehidupan percikan api, walaupun cara bercakap dengan mereka cara tertentu untuk membuat mereka berfikir cara yang berbeza tentang keadaan dan anda. Jika anda memerlukan nasihat atau mahu memenangi semula bekas anda, cubalah ini: [email protected] salinan dan mesej yang berikut ([email protected]) Ia akan mengubah mentaliti anda dan mendapatkan apa yang anda mahu.

Leave a Reply