ARKIB

KATEGORI

Buletin

Keputusan ujian Q4 2017 ASEAN NCAP diumumkan – Markah keseluruhan Perodua Myvi 2018 atasi Toyota Yaris Ativ/Vios 2018

Views

Beberapa hari lalu Program Keselamatan Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP) telah mengeluarkan keputusan suku ke-empat untuk tahun 2017 yang melibatkan beberapa model kenderaan termasuklah Perodua Myvi 2018, Toyota Yaris Ativ/Vios 2018 dan dua trak komersil ringan Chery Transcab dan Suzuki Carry. Ujian yang dijalankan berdasarkan protokol ASEAN NCAP 2017-2020 terbaharu yang menggabungkan hasil keputusan ujian Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) dan Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT).

Perodua Myvi 2018 dan Toyota Yaris Ativ/Vios 2018 berjaya mendapat penarafan 5-bintang, manakala dua trak komersil ringan Chery Transcab dan Suzuki Carry hanya mendapat penarafan 0-bintang. Ini merupakan kali pertama ASEAN NCAP menguji trak komersil ringan, namun kedua-dua trak komersil ringan ini tidak dijual di Malaysia.

Chery Transcab dan Suzuki Carry hanya melalui ujian Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) disebabkan kedua-dua trak komersil ringan ini tiada ruang penumpang bahagian belakang (single cab). Chery Transcab diberi markah menerusi ujian perlanggaran bahagian sisi manakala Suzuki Carry mendapat markah melalui ujian pelanggaran offside hadapan. Kedua-dua trak ini juga tidak menerima sebarang markah untuk SAT kerana tidak dilengkapi dengan ciri-ciri tersebut.

Berikut adalah keputusan ujian Q4 2017 ASEAN NCAP:

Perodua Myvi 2018 (5-bintang)
Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) – 32.71 mata
Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) – 22.01 mata
Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) – 20.83 mata
Markah keseluruhan – 88.27 mata

Toyota Yaris Ativ/Vios 2018 (5-bintang)
Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) – 44.7 mata
Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) – 21.66 mata
Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) – 15.28 mata
Markah keseluruhan – 81.63 mata

Chery Transcab (0-bintang)
Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) – 17.04 mata
Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) – tiada ujian dijalankan
Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) – tiada ujian dijalankan
Markah keseluruhan – 17.04 mata

Suzuki Carry (0-bintang)
Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) – 17.14 mata
Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) – tiada ujian dijalankan
Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) – tiada ujian dijalankan
Markah keseluruhan – 17.14 mata

Video ujian dari laman YouTube ASEAN NCAP

Perodua Myvi 2018

ASEAN NCAP - Perodua Myvi (2017)

Toyota Yaris Ativ/Vios 2018

ASEAN NCAP - Toyota Yaris Ativ

Chery Transcab

ASEAN NCAP - Suzuki Carry

Suzuki Carry

ASEAN NCAP - Chery Transcab

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply