ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

PANAS : Adakah ini P230-A@GSC (Global Small Car)?

Views

p230a - gsc 2014

Foto ini baru sahaja diterima oleh saya melalui Facebook daripada seorang rakan. Dikatakan model yang bertutup ini adalah P230-A@GSC (Global Small Car) yang bakal dilancarkan pada tahun hadapan. Daripada info yang diberikan, setakat ini ada 2 unit (Body In White) sedang dalam ujikaji pemasangan. Saya juga mendapat info beberapa prototaip telah pun siap dibina dan telah dihantar ke IDIADA untuk ujian kemalangan. Model P230-A@GSC (Global Small Car) bakal menggunakan enjin NFE 1.3 dan 1.6 liter yang mempunyai ciri “Smart On/Off” dipadankan dengan transmisi manual 5 kelajuan dan CVT. Ciri keselamatannya juga dikatakan setanding dengan Suprima S dan berkemungkinan mempunyai 6 beg udara (tak pasti lagi semua atau varian tertentu sahaja).

* Bagaimana la rupa model ini nanti ye, ada yang kata gaya rekaannya berbeza dengan Preve dan Suprima S, kita tunggu spyshots pula lepas ini 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

79 Comments

Leave a Reply