ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta elektrik Mercedes-Benz EQB terbakar semasa sedang dicas

Berita Tempatan

Views

Sebuah kereta elektrik terbakar semasa sedang dicas di sebuah pusat pameran kereta di Johor Bahru, pada Ahad.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Azmi Johar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran tersebut melalui talian MERS999 pada jam 2.45 petang.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Menurutnya, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan dua unit RIM dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dengan 10 anggota bomba dihantar ke lokasi kejadian.

Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) ke lokasi didapati sebuah kereta Mercedes-Benz EQB sedang terbakar dan kebakaran dipercayai berlaku ketika kenderaan tersebut sedang dicas.

Kebakaran telah memusnahkan 90 peratus keseluruhan kenderaan dan lima peratus bangunan menempatkan ruang pameran (showroom).

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Tambah beliau, kebakaran turut memusnahkan 20 peratus Electric Vehicle Charging Bay di hadapan kereta yang terbakar.

Beliau berkata, kebakaran dipadamkan menggunakan dua aliran salur bantu mula jentera, satu saliran salur bantu mula jentera RIM dan satu aliran salur bantu mula bangunan.

Ujarnya, punca kebakaran dan anggaran sebenar kerugian masih dalam siasatan. Operasi ditamatkan sekitar 3.10 petang, Ahad. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply