ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit ujian kapcai misteri dengan plat perdagangan ‘P 240 S’ dikesan, adakah ini ‘supermoped’ WMoto FC155?

Foto Intip

Views

Ini merupakan artikel pertama yang juga merangkap foto intipan sulung kami untuk membuka gelanggang 2024!

Kelibat sebuah ‘kapcai misteri‘ berwarna merah yang dilitupi pelekat penyamaran pada beberapa bahagian telah dikesan di stesen minyak Shell, Gopeng tiga hari yang lalu.

Foto-foto kapcai misteri itu dengan plat perdagangan ‘P 240 S‘ itu sempat dirakam dan dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook bernama Najwa Syafiqah di laman group Yamaha Ego Gear (MY).

Menurut Najwa Syafiqah, kapcai misteri itu berkemungkinan besar model ‘supermopedWMoto FC155 yang pada ketika itu sedang menjalani ujian jalan raya.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Menerusi foto intipan ini, kita dapat melihat hampir keseluruhan reka bentuk supermoped berkenaan yang menampilkan penggayaan mengikut trend masa kini.

Ia menampilkan reka bentuk yang mengadaptasikan dan diinspirasikan dari dua model supermoped terhangat di pasaran, iaitu Yamaha Y16ZR dan Honda RS-X.

Bahagian kepala supermoped ini dilengkapi dengan lampu siang (DRL), manakala lampu utama jenis projektor yang dihiasi jejalur lampu LED ‘seakan kening’ pada fairing hadapan. Lampu signalnya pula diposisikan pada sisi fairing, di bawah lampu hadapan.

Ke bahagian belakang, pengaruh reka bentuk Yamaha Y16ZR cukup kuat, terutama sekali bentuk lampu breknya yang dilengkapi jejalur cahaya LED yang membentuk ‘huruf T’, serta signal capang di bawahnya.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Agak menarik, kelongsong sistem ekzosnya tertera perkataan WMoto, selain penggunaan sistem brek cakera tunggal pada roda hadapan dan belakang, serta rim aloi rekaan berbentuk bintang dengan kemasan hitam.

Unit ujian supermoped ini dilihat menggunakan tolok meter jenis digital sepenuhnya yang turut memperlihatkan beberapa simbol seperti lampu enjin, lampu Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan gear neutral (N).

Selain itu, beberapa ciri lain turut kelihatan seperti jam, odometer, voltan bateri, indikator suhu enjin dan takat bahan api. Dua butang fizikal turut kelihatan yang berfungsi sebagai pelaras dan pilihan.

Setakat ini masih belum ada informasi mengenai jenis enjin dan transmisi yang akan memacu model tersebut. Bilakah pengenalan rasminya ke pasaran tempatan juga masih lagi tidak diketahui, namn penulis menjangkakan ia akan tiba dalam tahun ini.

Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Najwa Syafiqah

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply