ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kesatuan Eropah mahu mempelopori teknologi kereta tanpa pemandu

Views

Artikel oleh : Shamsul Yunos

Pesuruhjaya Ekonomi dan Masyarakat Digital Kesatuan Eropah, Günther Oettinger mengumumkan pelan untuk melancarkan teknologi untuk menjadikan kereta tanpa pemandu satru realiti. Beliau memberitahu wakil dari industri automotif dan telejommunikasi tentang keinginan Kesatuan Eropah untuk menjadi pelopor ketika berucap di World Mobile Congress di Barcelona, Sepanyol minggu ini.

Katanya, industri tidak perlu menunggu teknologi 5G untuk bagi menjadikan teknologi kereta tanpa pemandu sebagai reliti kerana beberapa teknologi pemanduan berautomasi dan sambungan ke rangkaian boleh dilakukan melalui teknologi 4G yang sedia ada.

Walaupun Kesatuan Eropah belum melaraskan semua isu teknikal, perundangan dan kewangan, Oettinger mahu Eropah mendahului dalam bidang ini. “Tujuan saya ialah untuk memastikan kita bergerak dengan pantas dan menjadi pengguna teknologi ini.

Industi telah menyambut seruan ini dan mahu Kesatuan Eropah menyokong sebarang pelaburan sektor swasta dalam meningkatkan infrastruktur telekomunikasi agar kadar pemindahan data dapat ditambah dan kependaman (latency) dikurangkan.

Automated cars from Minority Report

Syarikat automotif dan telekomunikasi Eropah juga bersetuju untuk berganding bahu melakarkan satu keseragaman keutamaan dan mengatasi isu keselamatan dan sekuriti. Oettinger menggesa industri untuk membentangkan pelan kerja yang konkrit sebelum musim panas dan ianya perlu merangkumi satu jadual untuk pelancaran teknologi dan satu kerangka untuk pembahagian skop tanggungjawab antara semua pihak yang terlibat.

Gergasi telekominikasi dari China, Huawei dijangka akan memasang 60 rangkaian 4.5G di Sepanyol, Norway dan Jerman dan sistem ini akan digunakan untuk menjayakan Sistem Pengurusan Pengangkutan Pintar yang dijangka mampu menyokong keperluan operasi pengangkutan awam dan komersil sambil mengurus sistem pengutipan tol.

Sebagai satu gambaran mengenai cabaran untuk menghasilkan teknologi tanpa pemandu, syarikat kereta mewah Mercedes Benz, telah menulis lebih 100 juta baris kod untuk model S-Class yang terkini bagi membolehkannya bergerak secara autonomi dalam keadaan trafik tertentu, terutamanya ketika kesesakan lalulintas dan di lebuhraya.

Mercedes Benz merupakan syarikat pertama menerima keulusan untuk kenderaan pengangkutan barang tanpa pemandu di Amerika Syarikat. Ramai pemerhati teknologi termasuk Bill Gates berpendapat bahawa teknologi kereta tanpa pemandu akan menjadi realiti dalam tempoh 10 hinggga 15 tahun.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

5 Comments

Leave a Reply