ARKIB

KATEGORI

Buletin

PERKEMBANGAN TERKINI: Kereta tanpa pemandu: Peluang menjana wang sebagai kereta Uber?

Views

Artikel oleh : Shamsul Yunos

Sekarang ramai yang mula menceburkan diri dalam skim perkongsian kereta seperti Uber. Bila ada masa lapang, kita menawarkan kereta untuk kegunaan orang lain. Bayangkan kalau kita tak perlu menjadi pemandu, kerana kereta kita boleh bergerak tanpa pemandu, hanya masukkan tempat mengambil dan destinasi dan ianya berlaku secara automatik.

Adakah anda akan mendaftarkan kereta anda untuk menjadi sebahagian dari rangkaian Uber? duit masuk sambil kita melakukan kerja lain? Best tak? Ataupun mungkinkah kita berkongsi pemilikan kereta tanpa diberi sebarang kereta yang tertentu. Contohnya kita pergi ke pusat Jualan Proton ke Perodua ke Toyota ke dan kita memilih untuk berkongsi penggunaan kenderaan mengikut kelas atau segmen.

Kalau kita perlukan lebih dari satu kenderaan pada sesuatu masa maka kita pilih pelan yang paling sesuai. Mungkin kita kongsi satu MPV untuk keluarga selama empat jam sehari untuk hantar anak anak ke sekolah, tiusyen, sukan dan sebagainya. kita kongsikan satu kereta kecil untuk kita ke kerja dan satu lagi untuk isteri.

Semua kereta tersebut bukan milik kita tapi milik syarikat kereta ataupun sistem pengangkutan persendirian dan ianya muncul bila kita perlukan. Tak payah fikirkan parking, tol, minyak, kos selenggara dan lain lain perkara. Kita kelui kereta dengan telefon pintar, ia tiba, hantar kita. macam servis limosin persendirian.

Inilah visi VP Strategi Daimler, Wilko Andreas Stark tentang masa depan kereta itu sendiri, beliau menjangkakan kita mungkin tidak lagi memiliki kereta tetapi sekadar memiliki sebahagian dari perkongsian masa pada kereta itu sendiri. “Syarikat kereta mungkin perlu mengubah cara perniagaan dan memberi leboh fleksibiliti dari segi pemilikan ataupun perkongsian kereta. Sekiranya kereta kita boleh mengambil dan menghantar kita tanpa pemandu, ia juga boleh dijadikan sebagai satu sumber pendapatan ketika kita bekerja,” katanya.

Sebenarnya apabila teknologi kereta tanpa pemandu ini berleluasa, ianya akan mengubah persepsi kita terhadap kereta itu sendiri. Perubahan yang paling ketara ialah kita mungkin akan melihat kereta itu sebagai satu alat untuk bergerak dan bukan satu objek emosi seperti sekarang.

Sekiranya kereta masa depan tidak memerlukan pemandu, ramai yang akan memilih untuk tidak memandu jika diberi pilihan, terutama sekali di waktu pergi dan pulang dari kerja dimana jalanraya sesak dan tidak ada sebarang keseronokan dalam memandu. Lebih baik kita dengar lagu dan membaca ataupun berbual atau bermain video game atau apa apa aktiviti hobi yang lain.

Menurut Stark, kereta tanpa pemandu mungkin tidak boleh berfungsi di semua jalan kerana peta digital yang ada tidak lengkap dan penggunaan awal akan tertumpu di kawasan bandar dan lebuhraya utama. Antara isu paling besar ialah perundangan dan bagaimana cara untuk mengagihkan tanggungjawab apabila berlaku sebarang kemalangan. Isu kedua penting ialah cara kereta itu berpaut pada talian, sekiranya ia sentiasa berpaut maka maklumat kedudukan akan menjadi isu besar bagi mereka yang tidak mahu berkongsi maklumat tersebut.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply