ARKIB

KATEGORI

Buletin

Keuntungan Geely naik 128 peratus pada enam bulan pertama 2017

Views

Laporan kewangan separuh tahun pertama Geely Auto (HK 0175) telah dikeluarkan semalam. Untuk separuh tahun pertama 2017 perolehan syarikat berjaya mencecah RMB 39.424 bilion, naik 118 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2016. Keuntungan syarikat pula berjaya mencecah RMB 4.344 bilion, turut meningkat sebanyak 128 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

Berikut adalah pecahan info Laporan kewangan separuh tahun pertama 2017 Geely Auto:

  • Margin Keuntungan Kasar – 19.2 peratus, naik 8 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2016.
  • Jualan kenderaan Geely Auto mencecah 530,627 unit dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2017, naik 89 peratus tempoh yang sama pada tahun lepas.
  • Pendapatan sesaham (Diluted Earnings per Share, EPS) mencapai 47.68, peningkatan sebanyak 120 peratus dtempoh yang sama pada tahun lalu.

Kenderaan generasi ketiga Geely Auto (generasi 3.0) telah dilancarkan pada Disember 2014. Rangkaian produk terbaharu telah meningkatkan daya saing syarikat, pendapatan operasi, keuntungan, dan imej jenama. Misi Geely Auto adalah untuk “Menghasilkan Kereta yang Diperhalusi untuk Semua”. Mereka telah melancarkan empat model baharu, Bo Yue SUV, Geely GC9, Emgrand GS, dan Emgrand GL, yang kesemuanya telah menunjukkan prestasi memberangsangkan.

Rangkaian SUV milik Geely Auto sepeti Bo Yue SUV, Emgrand GS, dan Vision SUV telah terjual sebanyak 233,482 unit. Bo Yue SUV pula menjadi kenderaan yang paling laris dengan jualan mencecah 116,932 unit, peningkatan sebanyak 509 peratus dari tempoh yang sama pada tahun lepas.

Dalam pasaran sedan, Geely Auto telah menjual sebanyak 292,314 unit pada separuh pertama 2017. New Emgrand telah terjual sebanyak 117,718 unit, sedan segmen A+ Emgrand GL terjual sebanyak 45,486 unit, dan Geely GC9 pula mencatat jualan sebanyak 16,404 unit. Emgrand EV pula telah terjual sebanyak 7,982 unit pada separuh pertama 2017, menjadikannya salah satu model EV terlaris di China. Geely Auto berjaya meningkatkan pegangan pasaran mereka di China kepada 5 peratus.

Geely Auto berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran jualan tahunan mereka iaitu sebanyak 1.1 juta unit menerusi model-model baharu yang telah dilancarkan dan bakal diperkenalkan pada separuh kedua tahun ini. Pada 1 Ogos, model Geely GC9 tahun 2017 telah diperkenalkan ke pasaran domestik China dan akan disusuli dengan pengenalan SUV crossover. Pada suku keempat tahun 2017, Geely Auto akan melancarkan SUV serba baharu serta produk utama bagi model tahun 2018 seperti New Emgrand, New Vision dan Vision SUV.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply