ARKIB

KATEGORI

Buletin

DeLorean bikin kereta terbang?

Views

Mungkin ramai antara kita masih ingat tentang kereta DeLorean yang menjadi kenderaan rasmi filem Back to the Future kan? Kini syarikat tersebut sedang menghambat masa depan dan bakal mencipta kereta terbang. Paul DeLorean, anak saudara lelaki John DeLorean bakal meneruskan impian dan legasi bapa saudaranya dengan menubuhkan syarikat DeLorean Aerospace sejak 2012 dan mempunyai matlamat untuk membangunkan kereta terbang.

Walaupun kereta terbang tersebut tidak mampu kembali ke zaman silam dan idea tersebut dianggap gila, bermula dari tahun ini industri kereta terbang telah menunjukkan potensinya sebagai perniagaan yang berskala besar. Beberapa nama seperti Uber, Toyota, Airbus dan Geely telah mula mengorak langkah ke arah ini dan Wired melaporkan DeLorean Aerospace telah berjaya menyiapkan rekabentuk pesawat DR-7 dan membina dua model skala.

BACA >> Pop.Up bakal realisasikan impian kereta terbang

Rekabentuk DR-7 mempunyai sepasang sayap yang besar di belakang juruterbang dan penumpang selain sepasang lagi sayap yang lebih kecil di bahagian depan. Ia akan dikuasakan oleh dua kipas besar yang boleh berpusing bagi membolehkan DR-7 berlepas dan mendarat secara menegak di samping menerbangkan kenderaan tersebut ke depan.

DeLorean mahu menjadikan pesawat tersebut dijana dengan tenaga elektrik sepenuhnya dan mampu terbang sejauh 120 batu untuk sekali cas. Paul DeLorean berkata ujian penerbangan pertama pesawat tersebut menggunakan model berskala penuh dengan alat kawalan jauh akan dilakukan dalam masa setahun dari sekarang.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply