ARKIB

KATEGORI

Buletin

Khabar angin Apple bakal membeli McLaren adalah tidak benar

Views

Kecoh seketika dunia perniagaan global setelah timbulnya desas-desus dari laporan Financial Times mengenai hasrat gergasi komputer Apple, sedang mengadakan rundingan untuk mengambil-alih syarikat pengeluar supercar dan jentera perlumbaan McLaren. Apple kini dikatakan sedang cuba untuk membangunkan keretanya sendiri dan ia bakal menjadi anjakan besar kepada hala tuju syarikat tersebut.

Namun McLaren dengan pantas menafikan khabar angin tersebut. Financial Times sebelum ini melaporkan ia mungkin pelaburan utama atau pembelian secara mutlak syarikat tersebut. Apple yang sedang membangunkan kenderaan pandu-sendiri elektrik sejak dua tahun lalu, berhasrat untuk memiliki McLaren sepenuhnya atau membuat pelaburan strategik dan rundingan mengenainya telahpun bermula sejak beberapa bulan yang lalu.

Kereta Apple atau dikenali dengan “Project Titan” dikhabarkan mengalami kelewatan dan pembelian McLaren mungkin boleh mempercepatkan proses tersebut. McLaren dimiliki Ron Dennis, nama yang tidak asing dalam sukan F1 dan juga merupakan pronsipal pasukan sejak 1981. Mansour Ojjeh pula merupakan pengerusi syarikat dan mereka berdua memiliki pegangan terbesar sejak 30 tahun lalu, tetapi Bahrain yang kini merupakan pelabur terbaharunya mahukan pulangan pelaburan mereka dari syarikat tersebut.

Pada 2014 syarikat tersebut mencatat pendapatan berjumlah £475 juta (RM2.55 bilion) dan keuntungan sebelum cukai sebanyak £15 juta (RM80.6 juta), kenaikan besar hampir 233 peratus dari tahun sebelumnya. Namun Financial Times menyebut kebanyakan dokumen kewangan McLaren yang diterbitkan bermula dari 2014 menunjukkan kerugian, jadi Bahrain sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan pulangan mereka dengan menjual syarikat tersebut.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Sudah menjadi kebiasaan syarikat dari U.S akan membuat spekulasi sebelum bertindak.. Syarikat teknologi terkenal dari California iaitu Apple, dikatakan kini sedang berbincang dengan pengeluar kenderaan supercar British, McLaren.. McLaren terus mengeluarkan kenyataan mereka tiada sebarang perbincangan dengan Apple..

    Adakah Apple akan berjaya dalam bidang automotive..? Kita nantikan..

Leave a Reply