ARKIB

KATEGORI

Buletin

NAMI : Kenderaan mewah berbentuk van mini cetusan idea Vladimir Putin

Views

Imej paten ini bukan kereta jenazah atau jelmaan semula bas mini wilayah. Sebenarnya ia hasil cetusan idea dari Presiden Russia, Vladimir Putin yang mahu mencipta barisan baharu kenderaan mewah, yang mempunyai rekabentuk seakan bas/van mini mewah yang mungkin bakal menjadi kenyataan nanti. Ia juga mungkin sebahagian daripada Project Cortege yang juga inisiatif dari orang nombor satu di Russia itu. Platform kenderaan ini juga bakal diterjemahkan dalam pelbagai bentuk termasuklah limo presiden, sedan, SUV dan van mini/bas.

Menurut Cardesign Russia, imej paten tersebut menunjukkan rupa sebenar bas/van mini itu yang boleh kita ibaratkannya seperti sebuah model Skoda masa kini yang ditambah dengan pintu gelongsor dan rak bumbung besar tetapi tidak kelihatan dalam imej ini. Namun begitu ada juga sumber yang mengatakan model sedia-produksinya nanti akan menampilkan rupa yang berbeza dari contoh di bawah, tetapi masih mengekalkan perkadaran dan beberapa elemen asasnya.

Apabila ia berada di atas jalan raya nanti, Mercedes V-Class dan VW Transporter bakal menjadi seteru utamanya. Ia bakal dikenali dengan nama ‘NAMI’ (bukan nama model kipas siling jenama Panasonic) kerana rekabentuknya telah didaftarkan dengan nama tersebut menurut Auto Mail. Buat masa ini tiada informasi lebih terperinci mengenai penjana kuasa dan transmisi yang bakal digunakan oleh ‘raksasa jalanan dari Russia’ ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

2016-nami-cortege-bus-1 2016-nami-cortege-bus-2 2016-nami-cortege-bus-3 2016-nami-cortege-bus-4 2016-nami-cortege-bus-5

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments


  • Cetusan idea dari Presiden Russia, Vladimir Putin orang nombor satu Rusia pasti akan berjaya.. MPV saiz penuh mewah seperti Mercedes V-Class dan VW Transporter, Toyota Velfire, Alphad akan bersaing dalam kelasnya..

Leave a Reply