ARKIB

KATEGORI

Buletin

KIA Picanto 2018 bakal dilancarkan tidak lama lagi

Views

Laman sesawang mikro www.newkia.com.my mula menayangkan iklan acah model pertama KIA pada tahun 2018, Picanto. Model kompak ini sebenarnya telah dipertontonkan kepada media di pusat pameran KIA Red Cube, Plentong, Johor Bahru pada bulan Ogos lalu. Selain itu, beberapa ciri menarik Picanto 2018 turut dinyatakan dalam laman tersebut. Antara ciri-ciri menarik Picanto 2018 adalah:

  • Rekabentuk Eropah
  • Lampu depan projektor
  • Sistem infohiburan dengan ciri Apple CarPlay dan Android Auto
  • 6 beg udara
  • Lampu nyalaan siang LED (DRL)
  • Kamera mengundur belakang dengan Garispanduan Dinamik
  • Kawalan Kestabilan Elektronik
  • Kombinasi lampu belakang LED
  • Sistem kemasukan tanpa kunci
  • Kawalan Bantuan Mendaki
  • Tirai udara
  • Lampu kabus bersepadu
  • Pemegang pintu dengan kemasan krom
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Skrin sentuh bersaiz 7-inci
  • 5-tahun waranti

Picanto 2018 dijanakan oleh enjin 1.25 liter DOHC empat silinder yang mampu menghasilkan 83 hp pada 6,000 rpm dan 122 Nm tork pada 4,000 rpm. Enjin 1.25 liter ini dipadankan dengan transmisi 4-kelajuan automatik. Kami jangka model Picanto 2018 akan dilancarkan pada awal bulan Januari dan model hatchback kompak ini nanti bakal berada dalam segmen yang sama dengan Perodua Axia, namun tanda harganya sudah pastinya jauh lebih premium. Nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply