Menurut www.worldcarfans.com ini adalah gambar rasmi model KIA pro_cee’d GT yang bakal membuat penampilan sulung di Geneva 2013 bulan Mac nanti. Ini adalah versi GT untuk model hatchback yang dikhususkan untuk pasaran Eropah sahaja. Dengan menampilkan gaya yang lebih aggresif dan sporty, sudah pasti model ini bakal menjadi tarikan utama di booth KIA.
KIA mengesahkan model ini bakal dijana oleh enjin pengecas turbo 1.6 liter GDI dengan transmisi manual 6 kelajuann. Enjin ini mampu menjana 200 hp (149 kW) dan 265 Nm (195 lb-ft), cukup untuk membuat pecutan dari 0-62 mph (0-100 km/h) cuma dalam masa 7.9 saat. KIA pro_cee’d GT dijangka akan dikeluarkan pada pertengahan bulan Mei dan anggaran harga untuk model ini ialah 23,000 GBP, manakala di Greece harganya akan bermula dari 24,000 – 25,000 EUR.
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
Kenapa perlu 200hp untuk mendapatkan 0 -100 dlm 7.9s? Mesti berat atau torque curve tak cantik. Hmmm,,,,