ARKIB

KATEGORI

Buletin

KIA SP Concept bakal buat kejutan di New Delhi

Views

Perang SUV kini semakin hangat, KIA bakal membuka arena pertarungan terbaharu, bukan di Chicago mahupun Geneva atau pameran automotif tersohor antarabangsa lain seperti yang kita dijangka. Kali ini, KIA memilih Auto Expo 2018 di New Delhi sebagai tapak pelancaran model konsep SUV terbaharu mereka yang dikenali sebagai SP Concept.

Crossover kecil ini bakal memberi gambaran kepada model baharu yang dibangunkan khusus oleh pengeluar dari Korea itu untuk pasaran India. Model ini diinspirasikan dari warisan India dan dipacu oleh teknologi yang termaju. SP Concept bakal berada dalam satu pentas bersama-sama model-model global KIA yang lain, secara keseluruhannya 16, dari kenderaan elektrik dan hibrid plug-in hingga ke model sedan sport, Stinger.

Menurut Presiden KIA, Han-Woo Park, ini merupakan langkah pertama syarikat untuk masuk ke salah satu daripada pasaran automotif terbesar di dunia dan mereka mensasarkan untuk menetapkan standard baharu dalam industri automotif India dengan memberikan pelanggan produk dan perkhidmatan kelas dunia, sambil melibatkan diri dan memberi kembali kepada masyarakat setempat. SP Concept bakal diperkenalkan pada 7 Februari ini di India Expo Mart di Noida, New Delhi.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply