ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat Servis Volvo Glenmarie dibuka secara rasmi

Views

Minggu lalu, pengedar terbaharu jenama Volvo di Malaysia, SISMA Auto, telah mengumumkan pembukaan rasmi Pusat Servis Bertauliah Volvo yang terletak di Glenmarie, Shah Alam. Pusat servis ini direka untuk menawarkan Volvo Retail Experience kepada pelanggan dengan menampilkan rekabentuk Scandinavian.

Ia dilengkapi dengan Peralatan Diagnostik Volvo terkini, peralatan khas dan hanya menjual alat ganti tulen Volvo. Pusat Servis Volvo Glenmarie dikendalikan oleh Penasihat Servis dan juruteknik Volvo yang terlatih bagi memastikan setiap Volvo diberikan servis yang terbaik dan segala isu dapat ditangani dengan segera serta diselesaikan dengan baik.

Pengarah Urusan SISMA Auto, Syed Khalil Syed Ibrahim berkata, dengan beroperasinya Pusat Servis Bertauliah ini, syarikat menawarkan kemudahan yang sebelum ini belum pernah dinikmati oleh pemilik Volvo. Mereka boleh membuat pilihan seperti berikut:

  1. Meletakkan kereta mereka di bilik pameran SISMA Auto Bukit Bintang di Menara Worldwide;
  2. Datang sendiri ke Pusat Servis SISMA Auto Volvo Glenmarie; atau
  3. Gunakan Perkhidmatan ‘Concierge’ SISMA Auto untuk pengambilan dari rumah atau di pejabat.

Sempena kedatangan Tahun Baharu Cina, Pusat Servis Bertauliah Volvo SISMA Auto kini menawarkan pemeriksaan percuma 20-titik dan potongan harga 10 peratus untuk alat ganti yang disyorkan bermula sekarang sehingga Tahun Baharu Cina (menerusi temujanji sahaja). Pada hujung minggu lalu, SISMA Auto telah menganjurkan Rumah Terbuka di Pusat Servis Pusat Servis bermula jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

Semasa acara tersebut, pemilik Volvo boleh menikmati pemeriksaan percuma 20-titik dan memilih pelbagai model terpakai dengan rebat sehingga RM30,000. Pemilik Volvo boleh menghubungi 03-5569 8311 atau emel ke [email protected] untuk membuat temujanji servis. Bagi pembeli model baharu atau terpakai Volvo dari SISMA Auto atau menghantar kenderaan Volvo untuk diservis di mana-mana pusat servis milik syarikat tersebut, mereka berpeluang untuk memenangi pakej percutian yang ditanggung sepenuhnya ke Sweden.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply