ARKIB

KATEGORI

Buletin

KIA tayang lakaran rasmi K900 generasi baharu

Views

Cuba bayangkan lencana pada lakaran kereta ini dibuang, sudah pasti ramai yang akan menyangka ia adalah model baharu dari pengeluar Eropah kan? KIA sekali lagi membuktikan yang mereka sememangnya pakar dalam menghasilkan kereta dengan rekaan yang menraik dan mengujakan dengan mengeluarkan lakaran rasmi sedan perdana K900 generasi baharu.

Rekabentuk K900 generasi baharu telah digayakan oleh gabungan hasil karya pereka yang berada ibu pejabat rekabentuknya yang terletak di Namyang, Korea dan studio rekabentuk jenama tersebut di Irvine, California. Apabila melihat pada lakaran ini, pelbagai persepsi mula bermain dalam pemikiran kami kerana gaya rekaannya di bahagian depan banyak dipengaruhi oleh rekabentuk BMW. Sekali imbas, ia persis sebuah BMW 7-Series generasi yang ke-7.

Kami tidak mengatakan ia serupa, kerana ia masih nampak berbeza terutama pada bentuk lampu hadapan dan jeriji. Apabila melihat lakaran belakangnya pula, minda kami terus teringatkan model Mercedes-Benz S-Class, terutama sekali pada bahagian lampu. Sebenarnya apa yang mahu ditonjolkan oleh KIA adalah “corak Quadric” pada jeriji yang mempunyai 176 sel.

Jeriji ini adalah berdasarkan “perubahan bentuk tenaga kental” dan ia juga merupakan daya penarik pada model ini. Selain itu KIA turut menumpukan pada penggunaan krom di beberapa bahagian, terutama di sekeliling jeriji, corong kemasukan udara depan bawah, sil sisi, garisan tingkap, cermin, sarung lampu belakang dan paip ekzos supaya ia nampak lebih mewah.

KIA K900 generasi baharu yang mula mengusik netizen sejak Februari lalu bakal membuat kemunculan sulungnya pada bulan April ini di New York Auto Show 2018. Jualannya pula akan bermula pada suku kedua 2018.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply