ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penampilan pertama Isuzu mu-X bawa kejayaan bermakna di Borneo Safari 2016

Views

Kemunculan sulung SUV gaya hidup tujuh-tempat duduk Isuzu mu-X dalam Cabaran Offroad Antarabangsa Borneo Safari 2016 begitu bermakna kerana ia telah muncul sebagai juara dalam kategori ‘Anugerah Kenderaan Tahunan’. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Borneo Safari, Faez A Nordin, acara tahun ini merupakan yang paling mencabar sejak 12 tahun yang lalu.

Hujan sepanjang hari mengakibatkan kelewatan selama dua hari dan hampir menyebabkan 430 konvoy bergelut dengan keadaan yang licin dan berlumpur selain terpaksa mendaki bukit dan menuruni cerun yang curam menguji kemahiran memandu para peserta. Pengarah Eksekutif Isuzu Malaysia Sdn Bhd, Hajime Machimura melahirkan rasa gembira kerana Isuzu mu-X Monster telah membuat kemunculan pertama yang sangat berjaya sekaligus meningkatkan reputasinya.

Selain itu, tiga buah lagi Isuzu D-Max Monster yang bertarung hebat menemani mu-X Monster turut menamatkan cabaran dengan jayanya. Modifikasi yang dibuat pada Isuzu mu-X tersebut adalah terhad kepada bahagian luaran dengan mengekalkan enjin diesel 2.5-litre VGS turbo Intercooler asal yang dipadankan dengan transmisi lima-kelajuan automatik dengan penukaran berurutan (sequential shift).

Edisi Borneo Safari kali ini merupakan tahun yang ke-10 berturut-turut menerima penajaan dari Isuzu Malaysia dan syarikat akan meneruskan sokongan kepada to Cabaran Offroad Antarabangsa ini pada asa akan datang. Syabas dan tahniah Isuzu Malaysia!

KLIK UNTUK BESARKAN

isuzu-lead-driver-masri-sani-bin-kasmoi-with-the-mu-x-that-won-the-2016 isuzu-mu-x-in-the-hardcore-section the-four-units-of-isuzu-media-team-cars-comprised-the-mu-x-second-left the-isuzu-mu-x-right-performed-flawlessly-inspite-of-the-arduos-condit the-isuzu-mu-x-monster-took-every-challenge-on-the-trail-with-aplomb the-isuzu-mu-x-tackling-a-deep-water-filled-hole

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply