ARKIB

KATEGORI

Buletin

KKR sedang perhalusi tuntutan pampasan 9 hari tol percuma dari 18 syarikat konsesi

Berita Tempatan

Views

Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang memperhalusi tuntutan 18 syarikat konsesi yang menguruskan 33 lebuh raya supaya memberi pampasan tunai dan bukan rebat cukai bagi sembilan hari yang diwartakan sebagai hari tol percuma setiap tahun.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, perbincangan dan rundingan sememangnya sudah dibuat dengan pihak terlibat sebelum ini. Namun, ia melibatkan tuntutan dan pihaknya masih sedang memperhalusinya secara lebih terperinci.

Jelasnya, perkara itu perlu diperhalusi dengan pihak atasan dan agensi lain termasuklah Kementerian Kewangan.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pembukaan laluan Seksyen 6, persimpangan bertingkat Bandar Bukit Raja Utara ke Persimpangan Bertingkat Assam Jawa Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di Kuala Selangor, hari ini.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Kerajaan semalam dilaporkan bertemu wakil pemegang konsesi untuk membincangkan mekanisme pampasan, namun tiada keputusan dibuat setakat ini.

Sembilan hari tol percuma itu adalah dua hari bagi Hari Raya, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krismas manakala satu hari untuk Hari Kebangsaan, sementara syarikat-syarikat berkenaan dimaklumkan secara lisan bahawa tol percuma diwartakan.

Sementara itu, Alexander Nanta memberitahu, laluan Seksyen 6 Lebuhraya WCE berkenaan dibuka secara rasmi kepada lebih 60,000 pengguna lebuh raya bermula pukul 12.01 tengah malam ini.

Pengecualian tol bagi laluan sepanjang 21.8 kilometer (km) itu turut diberikan selama lebih sebulan sehingga pukul 11.59 malam, 2 Januari 2024.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Bagi pengguna yang memasuki WCE dari Seksyen 5 iaitu dari Plaza Tol Bandar Bukit Raja Selatan ke Plaza Tol Assam Jawa atau arah sebaliknya, mereka akan dikenakan kadar tol sedia ada mengikut jenis kelas kenderaan masing-masing.

Tambah beliau, pembukaan laluan itu dijangka dapat menjimatkan masa perjalanan dari Kapar, Klang ke Assam Jawa, Ijok yang dijangka mengambil masa hanya 15 minit berbanding 45 minit sebelum ini.

Lebuhraya WCE merupakan laluan alternatif terbaharu yang menghubungkan dua negeri iaitu Selangor dan Perak.

Ia melibatkan pembinaan jajaran lebuh raya di sepanjang kawasan Banting, Shah Alam, Kuala Selangor, Tanjong Karang dan seterusnya menyambung jajarannya di Hutan Melintang, Teluk Intan, Seri Manjung, Beruas sehingga ke Taiping. – UTUSAN

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Sumberkini

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply