ARKIB

KATEGORI

Buletin

KLIMS18 kembali menggegar November ini

Views

Setelah lima tahun menyepi akhirnya Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah mengumumkan kembalinya Pameran Kenderaan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS), yang akan diadakan dari 23 November hingga 2 Disember 2018 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

Pengumuman pelancaran tersebut dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Mustapa Bin Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, di mana Menteri tersebut turut menyaksikan majlis tandatangan antara Datuk Aishah Ahmad, Presiden MAA dan Datuk Zainal Abidin Ahmad, Pengerusi Trade-Link Exhibition Services Sdn Bhd, bagi pelantikan Datuk Zainal Abidin Ahmad sebagai pengurus pameran KLIMS 2018.

KLIMS merupakan acara automotif yang paling mapan dan signifikan di Malaysia. Pameran yang bertemakan “Beyond Mobility” ini merupakan edisi yang kesembilan. MAA menjangkakan KLIMS 2018 yang berlangsung selama 10 hari itu bakal menarik lebih daripada 350,000 orang pengunjung.

Datuk Aishah Ahmad menekankan bahawa KLIMS akan terus kekal sebagai acara kereta kebangsaan yang unggul, yang telah memainkan peranan yang penting dalam industri automotif di Malaysia. Kembalinya KLIMS pada tahun 2018 juga turut didorong oleh pembinaan lengkap dan pembukaan pusat pameran yang terbesar dan terkini di Malaysia iaitu Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia baru-baru ini.

MAA yakin bahawa tapak baru bagi KLIMS ini akan membawakan pengalaman baru kepada para pempamer dan pengunjung. Antara pemain industri automotif antara yang terawal mengesahkan ruang pameran mereka adalah Daihatsu, Ford, Honda, Hyundai, Infiniti, Isuzu, Kawasaki, Kia, Lexus, Mitsubishi, Nissan, Peugeot, Perodua, Proton, Toyota, UD, V-Kool dan 3M.

Tema “Beyond Mobility” KLIMS 2018 adalah untuk mempersiap industri automotif bagi pasaran di masa akan datang, di samping memenuhi keperluan pelanggan masa kini. Jenama-jenama kereta akan mempamerkan kepelbagaian landskap teknologi rangkaian kuasa, sementara permintaan yang kian meningkat terhadap kesalinghubungan dan pendigitalan membawa syarikat kereta ke perbatasan yang seterusnya. Mobiliti adalah pemanduan yang melangkaui perjalanan ke arah gaya hidup yang saling terhubung.

KLIMS 2018 membawakan himpunan terbesar jenama-jenama dalam industri automotif, penjual kereta, pembekal aksesori, penyedia perkhidmatan berkaitan kereta dan peminat automotif serta orang ramai dalam sebuah acara permotoran yang berorientasikan keluarga di Malaysia. KLIMS 2018 dijangka akan kembali dengan ruang pameran seluas lebih 50,000 meter persegi, yang disertai oleh lebih 100 pempamer dan menarik seramai lebih 350,000 pengunjung.

Untuk maklumat lanjut mengenai KLIMS 2018, sila layari laman web www.klims.com.my, atau hubungi Trade-Link Exhibition Services Sdn Bhd di talian +603-7842 9863 dan e-melkan kepada [email protected].

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply