ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

INTIP : Bakal SUV Proton singgah di Kuantan!

Views

Beberapa hari yang lalu kami telah memuatnaik foto-foto unit ujian Geely Boyue atau bakal SUV Proton yang singgah di Proton Edar Juru, Pulau Pinang. Semalam kami sendiri telah melihat model ini yang singgah sebentar di bilik pameran PFAS Corporation Kuantan untuk dipertontonkan kepada wakil penjual dan orang awam.

Geely Boyue berada dalam segmen Mazda CX-5, Honda CR-V dan Nissan X-Trail serta mempunyai lima tempat duduk sahaja. Bakal SUV Proton pula dikatakan bakal mempunyai dua versi, 1.8L turbo yang menjana 160hp dengan 250Nm tork dan 1.5 turbo yang mampu menjana kuasa sebanyak 132KW dengan tork maksima 265Nm.

BACA >> INTIP : Geely Boyue dengan celoreng penyamaran singgah di Proton Edar Juru!

Walaupun masih memakai celoreng penyamaran, perincian yang ada pada model tersebut masih kelihatan dan sebenarnya unit ujian tersebut masih lagi model asal Boyue dengan pemanduan sebelah kiri. Agak malang kami tidak dibenarkan masuk atau mengambil foto dari dalam unit ujian tersebut, tetapi pada pemerhatian kami kualiti plastik yang digunakan untuk kemasan kabin berkualiti tinggi dan setanding dengan jenama Eropah.

Kualiti pemasangannya juga ia nampak kemas. Menurut maklumat dari beberapa individu di situ, mereka amat kagum dengan kualiti yang ada pada model tersebut dan berharap harganya tidak diletakkan terlalu tinggi supaya ia berada dalam kategori SUV mampu milik. Dikhabarkan Proton bakal meletakkan tanda harga di bawah RM100K dan julat harga yang kami rasa sesuai adalah dari RM78KRM88K seunit.

Harap maaf jika kualiti foto kurang memuaskan, memandangkan cuaca ketika itu hujan agak lebat. Apa pun, nantikan info lebih lanjut mengenai model ini dari semasa ke semasa. Teruskan kesetiaan anda bersama kami.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply