ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

MYPerodua Nation bermula di Sungai Petani hujung minggu ini

Views

Karnival terbesar Perodua, MYPerodua Nation kembali menggegar tahun ini dengan pelbagai tawaran hebat tambahan seperti kempen Happy New Ride yang menawarkan diskaun RM2,000 untuk Bezza Standard G dan Alza, dan RM1,500 untuk Bezza Advance dan Axia. Edisi pertama tahun ini akan berlangsung hujung minggu ini di tempat letak kereta Amanjaya Mall, Sungai Petani pada 13 hingga 14 Januari bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Menurut Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr. Zahari Husin, karnival ini menjanjikan pengalaman hebat bersama Perodua yang merupakan pengeluar kenderaan nombor satu di Malaysia selain mendapatkan promosi yang menarik di tapak karnival. Pengunjung boleh mendapatkan sehingga 50 peratus diskaun untuk alat ganti terpilih, aksesori GearUp dan barangan cenderahati di lokasi karnival dan dan mengambil kesempatan daripada Happy Hours di mana pakej alat ganti yang lebih menarik boleh didapati.

Selain itu, MYPerodua Nation turut menampilkan pameran khas ‘Compact Nation’ yang menceritakan sejarah perjalanan selama 25-tahun Perodua menjadi pengeluar kereta kompak yang paling disukai di Malaysia. Pengunjung juga dijemput untuk merasai pengalaman sistem Advanced Safety Assist (ASA) pada model terbaharu Myvi menerusi sesi demonstrasi dan persembahan dari Aiman Tino, Aizat Amdan, Projector Band, Hazama, Siti Nordiana dan penampilan khas BoBoiBoy.

Pengunjung juga berpeluang untuk membawa pulang telefon pintar bernilai lebih RM3,000 menerusi cabutan bertuah selain bermain permainan mini, peraduan, trak makanan dan juga pawagam luar yang disediakan khusus untuk seisi keluarga. Untuk maklumat lanjut mengenai MYPerodua Nation layari www.perodua.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply